Tuesday, January 12, 2010

Sup Ayam dgn Lengkuas & Ikan 3 rasa


Assalamualaikum w.b.k,

Tertunailah hasrat dihati.. mcm pernah dengar tapi dimana ya?? kwang2 jgn marah ya Kak Ina KL, saje2 amik ayat power akak tuh..bukan ape saje amik mood, lama x mengupdate blog ..ish..manyaknya sawang.. terima kasih kpd yg sudi jengah2 dan meninggalkan pesan.. Ni menu lunch smlm, Sup Ayam dgn Lengkuas ni, ruginyer sape x cube.. rasa kelainan dlm masakan sup, kalau letak daun limau dan serai blh jadi rasa mcm Tom Yam pun ader.. sedap dihirup2..sebab nampak anak2 kemain lahu hirup2..hehe rcp best ni idea dari Cik Puan Yani, Tuan Tanah MyResipi..tq ya Yani..mmg sedap ler..



Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1.5 liter air
  • 1 kiup pati ayam knorr
  • 4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
  • 300g isii ayam, hiris nipis.(as guna chicken nibbles)
  • 5-6 biji cili burung-titik
  • 1/4 cawan santan
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • daun ketumbar utk hiasan- hat ni xde lam stok.. so main tabur je dgn daun bawang.

Cara-cara

  1. Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
  2. Tambahn cili burung, santan dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.

Sup Ayam diatas gu plk ngan Ikan 3 rasa dibawah ni..





Ikan 3 rasa
Bahan2
1 ekor ikan siakap atau apa2 (as guna Snapper)
1 labuu bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih di kisar
2 btg serai diracik halus
10 biji cili -dipotong bulat2(kepedasan ikut suka)
2sdb cili kering (kepedasan ikut suka)
2 sdb sos tomato (nak letak sos cili pun ok)
2 sdb sos tiram
garam secukup rasa
Lemon - perah dan ambil airnya
Daun ketumbar untuk lebih aroma
Cara2
-ikan dibersihkan dan dilumur sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga garing
-Tumis bawang2,cili kering..setelah naik minyak masukkan serai,cili padi,sos2, perasakan dengan garam, jika terlalu garing tambahkan sedikit air jika suka berkuah..
-Setelah masak, curahkan kuah ke atas ikan tadi.. taburkan daun ketumbar.




4 comments:

Watierman said...

Assalamualaikum As...wah lamanya As mendiamkan diri...rindunya Akak...!!As tak ingat kawan2 ke??Tapi As...walaupun jauh di sana..As tetap ada terselit disudut hati.....tak jadi Akak nak update..terus terjah umah As...Sihat ke Dik???Anak2 cam mana? Tentu dah besar..dalam beberapa bulan ni tak de gambar Putri2 As tu!Nanti bila lapang Akak jenguk lagi erk!

temp. housewife said...

selamat kembali bersiaran. ramai yg rindukan K.As kat sini. Nur yg dok dekat ni pun rindu nak tengok resipi2 terbaru di sini. hehe

~*as*~ said...

Waalaikumsalam Kak Wati, rindu akak juga ;).. mana x ingat kawan2 akak, kami disini semua sihat kak..maaf la lama x update blog.. terima kasih sudi singgah ya kak..sayang akak!!!

~*as*~ said...

temp.housewife
Nur, alahai rindu ke? insyaAllah nur,akak akak update jika ada masa terluang, maklum lah skrg cuti sek, berebut lappy nak anak2..hehe.. bagi la peluang kat derang ..nanti2 derang gi sek, baru akak ada lebih masa mengadap PC..hehe