Tuesday, January 19, 2010

Butter Cake , Puding Roti Bakar

Assalamualaikum w.b.k,

Butter Cake ni mmng pebret anak2.. saje bagi kaler2.. biar cepat di terkam, x sampai ari esok dah pinish.. bahan2 pun simple jer.. rcp from MYR dari lemon minta izin ya lemon C&P rcp disini.. lembut dan sgt moist..


Butter Cake 
Bahan-bahan ( 10 org. )
  • 250 gm buttercup
  • 250 gm gula halus
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan susu segar

Cara-cara

  1. pukul butter bersama gyula sehingga kembang.
  2. kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.
  3. apabila sudah sebati masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
  4. akhir sekali masukkan susu segar dan gaul sebati.
  5. masukkan adunan kek ke dalam acuan dan bakar suhu 180 selama 40 minit.
Puding Roti Bakar



Puding Roti Bakar @ Bingka Roti
Bahan-bahan
1 bungkus Roti Putih atau wholemeal
4 cawan fresh milk
3sdb butter @ magerin
1/2 cawan gula
3 biji telur
Sedikit cinnamon Powder
Sedikit Kismis

Cara2
Blend fresh milk,gula & telur , siat2 kasar roti dan masukkan kedalam mangkuk. Tuangkan bahan2 yg dikisar td dan ramas2  dgn roti. Masukkan buter, kismis dan cinnamon powder.
Lenserkan loyang dgn butter dan tuangkan adunan td. Bakar pada suhu 180'c selama 40mint
Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong.. Selamat Mencuba


6 comments:

r3d lollip0p ♥ said...

yum2!

ain said...

cantik puding roti as. nmpak soooo yummy!!! the butter cake too!!

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As..

Nostalgianya kaler kek tu..cantekkkk...

TREAT AND TRICK said...

Salam As...cantiknya dan menarik sekali kek dan puding roti tu...

i am said...

sedap ni..

ainhany said...

salam,

sedapnya puding roti ni..teguk pun dah kecur air liug...mmmm

terimaksih ats perkongsian