Tuesday, December 30, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Semoga iman & amal kita lebih baik dari tahun yang sebelumnya..

Salam Maal hijrah dari kami..

As & Wan


MAAL HIJRAH
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat
Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Wednesday, December 24, 2008

Tuan Rumah bercuti

Assalamualaikum w.b.k

Buat semua pengunjung blog ..tuan rumah x ada ..so sila lah masuk tolong sapu2 habuk ke, tengok2 TV ke..sambil2 tu makan la ape2 yg ada kat ruang tamu tu..jgn malu..jgn segan buat macam rmh org..ahakss!.. buatlah teh sendiri..jus ada dlm fridge tu..mana2 yg bekenan ke x bekenan sila lah tinggalkan msj kat kotak2 atau peti2 cadangan tu ya..kalau nak ikut gak tel 0014..tekan2 x dapat..kalau x dapat gak .tuan rumah b'jalan x dapat den nak nolong ehh.. sblm balik jgn lupa siramkan pokok munga tu..he..he.. da..da..selamat bercuti & selamat menyambut tahun baru!!




Monday, December 22, 2008

Tak ada ketam?? udang pun udang lah!

Assalamualaikum w.b.k

Errmm.. nak masak ape..nak masak ape?? ni la hari2 tanya hb & anak2 ape mereka nak makan.. sebab ni je salah satu cara paling mudah As nak masak..kdg2 x dtg idea..tetiba ada pulak yang teringin nak makan Ketam masak lemak cili api..mana nak cari puas pusing 1 park save & countdown x jumpa..Masak la ape yg ada Udang pun Udang lah..asal kan masak lemak cili api.. so ni je lah menu sempoi ..kalau ada daun kunyit lagi best..x pe lah syukur apa yg ada..
::udang masak cili api
::terung kari simple
::ayam goreng berempah
::sambal belacan & ikan kering..


Chef

We are moving! we gonna be miss u!

Assalamualaikum w.b.k
"We are moving! we gonna be miss u"..tok leh lupa kata2 jiran & kwn baik As ni..Mellary Cate & Damean Smith.. Setelah berjiran dengan mereka selama 1 tahun ni.. rasa sayang nak berpisah. Walaupun mereka ni bukan muslim tetapi kami serasi..Mereka juga sangat hormat kami sebagai jiran & kawan.. kata mereka sejak berjiran dgn kami mereka suka dengan masakan2 melayu.. terutamanya kuih lapis, serimuka, karipap, biskut2 raya. Satay & ketupat..ermm jgn cakap la..Tu yg sampai sekarang As x berapa nak masak masakan western sebab kwn2 dan jiran2 lebih suka masakan melayu kita.. Terutamanya kuih getas2 kemain suka lagi dia..ya lah mungkin sebab kuih tu manis..Anak2 mereka pun selalu lepak2 kat rumah As sampai x nak balik.. Adat lah tu..bertemu dan berpisah.
Kalau dtg rumah Zane mesti suruh As buatkan salad utk dia..

Zana & baby Shyna dah macam anak2 As sendiri.."lepas ni dah x boleh main ngan Zane & baby Shyna lagi" .. keluh Si Nurul..

Thursday, December 18, 2008

X nak holiday! Nak gi School...

Assalamualaikum w.b.k

Cuti sekolah akan bermula 20 dec 2008..Anak2 mula merungut..x suka duk rumah ..lebih suka ke sekolah! ya lah di sekolah ada pelbagai aktiviti..mcm2 karenah anak2 As ni.. smlm Di sebelah pagi pulak As sibuk temankan Aisya buat lawatan ke Farm & Pet Day yg di anjurkan oleh Kindergarthen.

Disebelah petang pula ada parent conference & guru2 kelas mereka. Busy! Busy! Alhamdulillah anak2 semakin menyerlah dari segi prestasi pelajaran mereka.

Errmmm..bermulalah episod School Holiday lepas ni...

Monday, December 15, 2008

Khasiat Halba

Assalamualaikum w.b.k,

Rasaya dah ramai yg maklum tentang khasiat halba..Tapi As sengaja buat entri ini untuk koleksi blog As & berkongsi dengan sesiapa yg ingin mengetahui mengenai khasiat halba..

Sejak As tau khasiat halba..setiap kali masak Nasi Dagang & Nasi lemak mcm dah jadi 1 kemestian plk utk letak halba dalam masakan As tu..kami sekeluarga pun dah amalkan minum air halba..sebagai permulaan kalau x biasa minum gitu je..letak lah sikit teh & madu..masa mula2 minum tu..lihat hasilnya..InsyaAllah..

Rasulullah saw bersabda :" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda : "Gunakanlah Halba sebagai ubat"Memang Halba itu baik!!
Mak saya amalkan masuk sedikit dalam beras masa menanak so that kanji nye akan berkurangan (utk pesakit diabetics) dan wangi pun iya jugak!! Petua ni didapati dari pengamal perubatan alternative semasa mak saya berubat dulu!!Kalau orang Johor... selalunya masak nasi lemak letak halba nih... untuk naikkan wangi nasi lemak tuh...Kalau tak tahu gak... tanya lah parent, pasti dia org tahu apa itu halba...

KEGUNAAN HALBA
1. Diminum sebagai teh untuk- Melancarkan haid- Menghilangkan kembung,sebu dan senak- Pencuci perut- Menguatkan jantung- Menghilangkan lender tekak- Melegakan sakit kepala/ migraine- Membuang angin- Menyembuhkan buasir- Senggugut- Merangsang rahim- Kegemukan- Kurang berat badan- Mengawal kencing manis- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh- kecergasan- kekuatan badan- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasidagang. MANA NAK DAPAT HALBA ..Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya.

Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yangberpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya. InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua.

Saturday, December 13, 2008

Soto Gear Box ke auto gear!!

Assalamualaikum..w.b.k Hari Raya Aidil Adha semakin berlalu..Ramai yg sedekah daging.Ape nak buat utk menu hari ni..Mcm dah muak..nak cari sesuatu yg segar..Tanya hubby nak masak ape hari ni bang?? masak lah yg simple2..Asalkan x susahkan As..masak lah sup ape tu..sup Gear Box ke auto gear ke..Aii..mcm2 sup dah kluar..Ermm..lama x buat soto.Teringat hubby bawa rempah sup & soto Sharifah dari JB..buat soto lah..batuk2 ni rasa nak makan sup2 la pulak..lama dah x selera makan..masak..hari-hari masak tapi x ada selera nak makan.. accsesori guna ape yang ada dpn mata jer..malas nak kluar beli taugeh segala.. Menu b'fast,lunch & tea time..
::Jemput makan semua..Bismillahirahmanirahim..




Thursday, December 11, 2008

Suami..camner nak energize para isteri..baca ni..

Assalamualaikum w.b.k


Entri ni As ambil dari hasil tulisan Sifu Mirza.
Buat renungan bersama. Apa salahnya kan berkongsi sesuatu yg bermanfaat..

Apa yang saya nak tulis ni lebih kepada ditujukan kepada para husband, laki, suami, 'abang',
'ayang', papa, abah dsbnya...
memandangkan ada suami isteri yang sedang atau akan bercuti bersama-sama anak-anak sempena cuti sekolah ni....maka ambillah peluang bercuti ni utk 'unwind', 're-charge', 'energize' dan sebagainya diri, isteri & anak-anak...
bagaimana nak energize para isteri kita?...mmm... takkan tak tahu kut...takkan kekok kut... takkan malu kut....
jgnlah bagi banyak alasan... kerana alasan itu hanya permainan 'syaitan' yang memang tidak mahu melihat pasangan suami isteri bahagia...
then lets give our wife what's due.....saya hanya mengariskan 7 perkara utama utk para suami 'digest' dan semestinya laksanakan....

1. unconditional love / kasih sayang tanpa syarat -
menyayangi isteri dengan sepenuhnya; 24jam sehari, 7hari seminggu dan 365hari setahun... setiap detik setiap masa.... dan percayalah kasih sayang adalah satu anugerah malah ianya 'energy' yang sangat laju serta bergetar dengan kadar kelajuan tinggi... maka dengan pen'curahan' unconditional love' pada isteri...sudah pasti kebahagiaan akan muncul dan menyeliputi ikatan yang abadi.


2. 360 degree understanding -
memahami 4 elemen diri isteri dengan baik: mental, emosional, spiritual dan fizikal.
memahami tahap pemikiran isteri yang sudah semestinya tidak sama dengan pemikiran kita, maka berilah sedikit 'ruang' pada isteri utk 'catch-up' daya pemikiran kita..dan jgn sesekali 'upset' jika tak dapat catch-up..kerana kekurangan itulah yang sepatutnya kita isi.memahami 'fluctuation' emosi isteri yang sentiasa tidak se'stabil' suami dan turun naiknya kadangkala 'sukar' dijangka maka....'julat' atau ruang antara emosi tinggi dan rendah itu hendaklah difahami dan jangan dibuat tak endah kerana masa tersebut boleh dikira kritikal dalam rumahtangga. dan sebagai suami perlulah mengisi masa tersebut dengan kesabaran tahap tertinggi dan 'kunci mulut' tetapi buka telinga agar isteri boleh stabil semula dengan kadar cepat.spiritual atau semangat dalaman isteri selalunya berkait rapat dengan emosinya. maka suami perlu terus memberi kata-kata peransang dan semangat untuk isteri agar dirinya sentiasa fokus dan tenang dan ini boleh menaikkan semangat isteri untuk terus menyokong dan mendorong kejayaan suami.fizikal atau tubuh badan perlulah senantiasa sihat - suami perlu peka dengan kadar perubahan diri isteri dan memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan sihat. adakalanya para isteri menyembunyikan masalah yang dihadapi maka, janganlah ambil lewa dan membiarkan isteri menanggung sendiri masalah kesihatan.


3. tolerance - bersikap tolak ansur
setiap pasangan wajib 'tergigit lidahnya'. maka perlu diingat dengan meletakkan objektif 'bersama bahagia' sebagai sasaran dalam mengharungi setiap permasalahan maka sudah pasti masa yang diambil akan singkat dan masalah akan segera selesai. para suami perlulah 'lebih' bersedia menerima dan mendigest dahulu setiap saranan isteri dan bukannya terus 'mencantas' setiap buah pikiran kerana isteri juga adalah sebahagiaan dari entiti bahagia kehidupan kita.

4. shoulder to cry on
menjadi tempat 'awal & akhir' isteri mengadu sebarang permasalahan.jadikanlah diri sebagai 'satu-satunya' tempat bergantung isteri selain Tuhan.dengan cara ini, isteri tidak memerlukan sesiapa lagi selain sang suami yang benar-benar memahami dirinya. jika suami gagal untuk menjadi 'shoulder to cry on' isteri, jangan terperanjat atau marah jika isteri mencari 'shoulder' lain sebagai jalan keluar untuk meluahkan isi hati.

5. great coach -menjadi guru yang hebat buat para isteri
-guru yang terbaik ialah guru yang mengajar dan dalam masa yang sama belajar dari muridnya & sudah tentu menjadi motivator & kaunselor.

6. great leader
-menjadi pemimpin yang mampu dan berupaya membawa isteri dan anak-anak cemerlang dalam kehidupan. Setiap langkah dan keputusan yang diambil akan memberi menafaat kepada diri, isteri & anak-anak - keluarga @ team.

7. great fighter
- pejuang yang hebat.jadilah seorang pejuang yang tidak mudah mengaku kalah dalam perjuangan hidup ini dan terus berusaha dan percaya bahawa isteri adalah pendorong utama dalam perjuangan...tiada yang mustahil...kecuali kita hanya beralasan dan terus beralasan.moga para isteri kita mendapat kembali 'whats due....' dan mengecapi kembali makna kebahagiaan dalam berumahtangga bersama sang suami tercinta...

Wednesday, December 10, 2008

Summer time!

Assalamualaikum w.b.k
Sekarang ni musim summer kat NZ ..masing2 mula lah ngan aktiviti bercucuk tanam..walau sekadar suka2 alhamdulillah dah selalu menikmati hasilnya..


Kawan2 & family selalu juga bertanya mcm mana dptkan bekalan masakan..Biasanya serai,kunyit hidup,lengkuas,daun pisang,daun pandan,bunga kantan As beli yg frozen.Nangka muda As beli yg dalam tin..He..he..dpt juga makan masak lemak nangka walau dok kat NZ..Nikmat Allah s.w.t ada di mana2 ..syukur alhamdulillah..


Tuesday, December 9, 2008

Nak ziarah kubur Atuk!

Assalamualaikum w.b.k
He..he.. telebih lak wat entri arini..Semua tetamu dah balik.. x sempat nak amik foto tetamu yg dtg berkunjung ke rumah kami..sibuk sgt2. Hanya foto penyambut tetamu je yg sempat As amik..

Kebiasaan setiap pagi raya kami menziarahi Kubur arwah Abah & Mak. Untuk pertama kalinya beraya di perantauan. Sejak Hari Raya Aidilfitri aritu Aisya dah tanya soalan yg sama.. Lepas ni kita ziarah Kubur Atok ya Ibu? Siannya dia..Bukan dekat kita nak balik nak! Ok lah kita sedekahkan Al-fatihah je dari New Zealand ya ibu!..

Al-Fatihah buat arwah Abah & Mak..Semoga roh kalian di cucuri rahmat..

Menjelang Aidil Adha..ermm..ape nak masak ni??

Assalamualaikum w..b.k..
Lepas je call sedara mara di Malaysia smlm.. Di Malaysia dah pun Sambut Aidil Adha..masing-masing dah menjamu selera ngan bermacam-macam juadah..Terliur jer! hu..hu.. As kat sini 1 ape pun x buat lagi...emm..nak masak ape..nak masak ape..final decision..

Question MarkLightbulb Idea Funny

Atas Idea si cilik..lps selesai solat asar..cecepat keluarkan ayam..daging frozen tu..nyambil2 buat honey cornflakes, kek marble & kuih bakar pandan.. anak2 kata cam x raya plk klu x buat honey cornflakes tu..dah ler raya di perantauan...Masing-masing demam & batuk..mood pun kureng gak.. Ini sahaja yg mampu As sediakan utk juadah hari raya dengan badan yg kurang sihat ni...uhuk! uhukkk! batuk ler.. Ini lah hasil nya..selepas binggung x tau nak masak ape..