Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, August 27, 2009

Menu Ramadhan 2

Assalamualaikum w.b.k,

Ni menu Ramadhan lagi, teringatkan bazar2 ramadhan kat msia yg meriah tuh! adeh!! ermm..kali ni anak2 nak Laksam plk.. rcp dari yani sifu aka tuantanah MYR.. best sgt2! tq yani..sedap dan lemak berkrim kuahnya tuh! anak2 mmng suke..

Utk nak jimatkan masa, as buat karipap ni dan frozenkan..time nak berbuka je, baru goreng..

Ni plk atas permintaan anak2..nak letak kismis plk.. situ la nak oiii! derang pandai2 sendiri ni..as tlg bancuhkan dah godak2 je..yg lain2 anak daro be3 yg menggayakan..

Menu Ramadhan

Assalamualaikum w.b.k,
Maaf ya lama sgt x kemaskini umah ni, sibuk sket ngan xtvt ramadhan. Diam x diam dah 6 hari kita berpuasa kan?Moga tertunai azam ramadhan as tahun ini, maklumlah yg lepas2 agak hampeh sket, x dpt nak Khatam Al-Quraan. Sibuk ngan urusan dunia yg x abis2.. Menjahit la..itu la,ini la.. urusan dunia mmng x abih2! Maaf lah jika as kurang menjengah umah kalian.
Ok lah..Ni antara menu berbuka, x dan sgt nak amik foto. Hari2 masak tapi x de napsu nak diposing2kan..tahun ni ntah nape ekk, bab makan2 ni kurang selera sket nak2 yg agak manis2.. tapi sbb anak2 suka yg manis2, as buat juga..sebab anak2 pun tengah bersemangat nak berpuasa. Biasanya as makan kurma dan minum air dulu,lps tu solat maghrib..sambung makan yg simple2 dulu..nanti balik terawih baru lah selera nak makan.

Pasta Bake ni mmng pebret kami.. anak2 mmng suke sbb as lapiskan cheese tu.. ikutkan kalau dah sejuk berdiri teguh je pasta ni..tapi disebabkan ada dak kecik yg posa yang2 yok tu,nak makan panas2.. dah jadi runtuh lak bila dipotong!

Ni plk dessert berbuka, Lopes perantau.. :)! rcp asal dari Kak Umi-E from MyR..tapi as ada ubah2 sket.. best idea kak E ni.. alhamdulillah! sedap, sebab mmng dah lama x makan kuih lopes..


Dapat 3 btg sederhana besar.. yg posing sebatang je yg lain2 dah ikut gi surau! Pengat jagung bersagu pun x sempat nak posing..


Kuih Lopes perantau
Bahan-bahan ( 4-6 orang )
3 cawan beras pulut
3 cawan santan
pewarna hijau
kelapa parut/kelapa kering 1 cawan (secukupnya)
garam
1 biji gula Melaka/ 5 sudu besar gula perang (brown sugar)
11/2 cawan air

Cara-cara
beras pulut,santan,garam dan sedikit pewarna hijau ditanak di rice cooker.. apabila mendidih masukkan 1 sdb minyak masak..
sediakan cling wrap, apabila pulut dah masak, letak atas cling wrap dan gulung pulut tadi dengan padat dan rapi.
Sejukkan pulut sbelum dipotong .
Setelah sejuk potong lopes ikut ketebalan yang disukai dan gaul dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam.
Untuk air gulanya >>> masak gula merah bersama air,masukkan sehelai daun pandan.Setelah masak tapis terlebih dahulu utk mengasingkan habuk yg ada pada gula.

Ni Plak, Chicken Black Papper, wat sahur.. makan ngan nasi putih panas2 je pun dah sedap, maklumlah sahur kan? mmg x lalu nak makan bnyk2..


Friday, August 21, 2009

Kad Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.k,
Pagi Jumaat yg cukup tenang.. dlm keadaan yg tenang ni, baru sempat nak hangkut smua kad2 dari teman2 .. maaf ya lambat sket..terima kasih buat semua.. begitu cantik dan indahnya kad2 yg dikirim seindah bulan Ramadan yg mulia.. terima kasih juga kepada yg meninggalkan ucapan dan doa di ruang komen, Msjbox & Chat box..Salam Ramadahan dari as sekeluarga Selamat Berpuasa,Selamat Bertadarus Al-Quraan,Selamat Berbuka,Selamat Menunaikan Solat Sunat Terawih,Selamat Bersahur.. dan selamat semuanya.. Semoga semua amal ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t..
LinkKad2 yg cantik dan indah datangnya dari:


Bold


Hanani-New Zealand


AnaWahid-BP Johor



Kak Nor-Trengganu



azimezas

Terima kasih buat semua..Sayang u all..

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak (Kad buat semua)

Assalamualaikum w.b.k,
Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak dari kami sekeluarga, e-card ini ditujukan buat semua teman2 blogger (semua follower, sahabat MyR, Sahabat msjbox dan semua pengunjung Teratak NurKasih)sila ambil ya dan sudi2 lah menerimanya..maaf as tak dapat nak berkunjung ke blog kalian satu persatu.. Selamat menjalani ibadah puasa semoga ibadah dan semua amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.. maaf diatas segala salah silap, yang disedari mahu pun tidak.. semoga persahabatan dialam maya berkekalan hingga ke alam nyata..


Kad dari CtZura

Assalamualaikum w.bk,

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
“ Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, Bulan Rezeki, Bulan Beramal “
Semoga kita sama2 dapat menghayati pengertian disebalik bulan Ramadhan yg mulia..

Kad yg indah ini adalah dari adik yg nun jauh di Miri Sarawak.. ctzura..sangat manis bila tersenyum dan geng masak2 gak nih!.. suke ngan kad2 yg cantik ni..terima kasih ya zura dan maaf ya zura kiranya akak kurang menjengah umah zura..maklumlah masa untuk berinternet terlalu terbatas. Bila anak2 dah pulang dari sekolah, akak seharusnya berikan peluang utk mereka membuat homework maklumlah, semua research menggunakan Internet dan Laptop dirmh ni hanya ada 1 je..



Fadhilat Ramadhan
Bulan Ramadhan atau dalam bahasa percakapan biasa disebut "Bulan Puasa"..menjelang lagi. Bulan ini bukanlah asing bagi umat Islam dan mereka yang cintakan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan ini sememangnya menunggu-nunggu akan ketibaannya.Di dalam bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan menunaikan ibadah puasa, sejajar dengan firman Allah S.W.T di dalam Al Quran Surah Al-Baqarah, ayat 183-184 seperti berikut:


Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
"Bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang diberkati Allah. Bulan yang mengandungi Lailatulqadar, yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang diwajibkan Allah ke atas hamba-Nya supaya berpuasa supaya bangun di malam hari untuk melakukan ibadah sunat. Sesiapa yang mengerjakan ibadah sunat dalam bulan ini, maka pahalanya sama dengan mereka yang mengerjakan fardhu di bulan lain."
"Agama Islam itu terbina dengan lima asas iaitu, membuat pengakuan bahawa tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullah."
"Semua amal kebajikan anak Adam itu untuk mereka sendiri kecuali puasa, kerana puasa itu dilaksanakan untuk Aku semata-mata dan Aku akan membalasnya. Sebenarnya puasa itu sebagai perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor dan sekiranya ia dimaki maka hendaklah ia berkata: aku berpuasa, aku puasa sebanyak dua kali. Demi Allah sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Allah (di akhirat)."
"Apabila tiba bulan pertama Ramadhan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan: Wahai orang-orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."
"Setiap manusia akan mendapat kebaikan selama mereka itu menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur."
"Ramadhan bulan yang diwajibkan Allah puasa-Nya dan aku mencontohkan kepada kamu agar bangun sembahyang malam; maka siapa yang berpuasa dan bersembahyang malam, benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaan ketika dilahirkan daripada perut ibu."
"Orang yang zikir (ingat) kepada Allah pada Ramadhan akan diampunkan baginya dan orang yang meminta daripada Allah di dalamnya (Ramadhan) tidak akan kecewa."
Ramadhan juga dikaitkan dengan bulan kesabaran kerana orang-orang yang berpuasa bukan sahaja dituntut meninggalkan makan dan minum tetapi juga menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa termasuk menjauhi hubungan kelamin sesama suami isteri pada siang hari. Kerana itu, sifat-sifat sabar sahaja yang menjamin kesempurnaan orang-orang Islam menunaikan puasa sebulan Ramadhan.

Subhanakallah wabihamdhi (3x) Semoga apa yang kita baca dapat disampaikan kepada semua..

Wednesday, October 22, 2008

Bingkisan Ramadhan 2008

Assalamualaikum buat semua, buat yg dah kenal,belum kenal,yg baru nak kenal2 dah yg x nak kenal pun x apa..Saja nak kongsi tentang cerita As yg x seberapa..Tahun ni As,suami dan anak2 sambut Ramadhan di perantauan..walau agak sedih namun tetap bersyukur diatas segala nikmat Allah..Yang penting sekali ialah pengertian Ramadhan itu sendiri..Bulan yg mulia, penuh kerahmatan dan keberkatan.. Alhamdulillah..Namun kadang kala teringat kemeriahan di tanah air sendiri..dengan bazarnya,saling menghantar juadah kerumah jiran, bubur2 lambuk di Masjid2,Solat Tarawikh berjemaah...dah yg paling x boleh lupa kesibukkan As menyiapkan tempahan2 langsir pelanggan.. Tahun ini agak berbeza sedikit.. Tapi,walau kureng meriah..di meriah2kan lah juga..Syukur di atas segala nikmat Allah s.w.t walau di perantauan kami masih boleh menjalani ibadah Ramadhan ini dengan selesa..

SiS MiNa,MuSha,SaLeHa & aS

MeNu: NaSi ToMaTo,LamB CuRry,Ayam MaSak MeRaH,PaCeRi NeNaS,PuDinG CuStaRd, CuRry PuFf,PeNgaT KuMaRa & PaStA..
Sis Saba & Soha (cute girl) pakistani

SiS MiNa(FiJian) As(MaLaYsian) MosHumi(BanGLadesH)


SeMpAt PosInG (LePaS SoLaT MaGhRiB)