Tuesday, August 18, 2009

Choc Chips Cookies

Assalamualaikum w.b.k,
Ikutkan as ni kureng rajin nak mengkukis2 ni, tapi disebabkan anak2 ni suke sgt makan kukis ni..as pun cuba lah jugak..seorang kawan kami (Razif) pergi Holiday ke South Island,dengan murah hatinya bawa buah tangan dari South Island antaranya Choc Chips Cookies, terima kasih buat Razif sekeluarga, Ingat juga kat kami.. org memberi kita merasa..org berbudi kita berbahasa.. biasalah bila org bagi ape pun sedap je.. tu lah berkatnya bersedekah.. ni kes x cukup, dok becekau 3 beradik.. hasil intipan ..terjumpa plk rcp kak nor ni kat MYR... Kak Nor! anak2 dara dah x becekau lagi.. enjoy sungguh derang makan.. buat sendiri lagi muai, jadi ini lah hasilnya.. as guna c.chips je.. rasanya tetap maintain! lain kali nak gak letak accesori yg lain tuh..mesti lagi sedapp! minta halal c&p disini ya kak...

Choc Chips Cokies
Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang (k.nor guna sunflower seeds)
Cara-cara
Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...

5 comments:

Suzi said...

anak2 saya pun suka cookies kalau buat jap je licin tapi ibu dia ni tak rajinlah pulak...
puas hati buat sendiri kan?

ain said...

anak2 akak pun suka almond cookies yg akak buat. klu nak beli hanya famos amos aje yg they all nak. cookies2 brand lain..mmg x jalan.
klu time raya dpt hamper, cookies yg dpt free semua beri kat mak aje.hehe

Azmiezas said...

As...testing untuk raya ke.....sedap tau kukis....I like!

HaSue said...

salam kak as..bestnya wat kukis sendiri..
Selamat menyabut bulan ramadhan di perantauan kak :)


*lama tunggu kak as link sue nih..
nyaris nak majuk nih.pujuk tau!hahak :P

blogresipi said...

Boleh buat utk raya dah nie kak... :)