Friday, August 28, 2009

Menu Hijau

Assalamualaikum w.b.k,

Alhamdulillah dah 7 hari kita menjalani Ibadah Puasa, ni menu Iftar merangkumi bersahur tadi.. jgn mabuk tgk semua menu kaler ijau ya.. x plan sebenonya..kebetulan je tu.. arini kami smua jd incredible hulck! ;).. Nasi Lemak Ijo ni dah selalu buat cume baru ni sempat nak posing.. suke ngan aroma & kaler Ijo tu..buat sego mata masa bersahur tadi.. kalau time buka x yah nak sego2 mata..mmng kita tunggu2 waktu tu kan?? he..he.. maap ya..Nasi Lemakku sgt kekurangan eksesorinya.. seadanya ya..

Nasi Lemak Hijau
3cawan beras
1cawan santan pekat + 2 cawan air + pandan paste @ pewarna hijau
1 biji bawang besar -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
2 hiris halia
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - diketuk
garam secukup rasa

ketika mendidih, masukkan 1 sdb minyak masak utk dptkan nasi yg gebu & cantik

Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :- (ikut selera memasing)
sambal tumis @ apa2 sambal
ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
timun yg dihiris
kacang tanah goreng

Cara-cara
Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm rice cooker,masukkan bahan2 yg dihiris,daun pandan dan serai yg diketuk.
Tuangkan santan,air dan pewarna hijau, garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata. Ketika nasi mendidih masukkan 1 sdb minyak masak. Biarkan nasi masak.
Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.

sukatan air bergantung pada beras yg digunakan..as guna beras jasmin.
Ini pula, Kuih Talam Pandan, mmng sedap! Rcp best dari Joayee cilok dari Myr..Thanks Joayee, MyHubby memang suka Kuih2 melayu ni.. Bawa berbuka disurau..alhamdulillah semua suke.


Kuih Talam Pandan
LAPISAN BAWAH-HIJAU:*
1 1/2 cwn gula
2 1/4 cwn tepung beras
1/3 cwn tepung gandum
5 1/2 cwn air pandan (10 helai daun pandan)
1 1/2 tbs air kapur
LAPISAN ATAS-PUTIH:**
1/3 cwn tepung beras
3 cwn santan
4 tbs tepung jagung
1 tsp garam
Cara-cara
Campurkan semua bahan *. Kacau hingga tak bergentel. Masak sekejap dgn api sederhana, kacau. Cukup sampai naik wap dan gula hancur
Isikan dalam acuan yg di sapu minyak. Kukus hingga masak . (15-20min) bergantung kepada size bekas.
Campur semua bahan **. Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.
tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain, utk menghasilkan permukaan yg cantik & rata.
Biar betul2 sejuk baru potong

Bubur Kacang Hijau wif derian..den lupo nak letak sagu..kalau ada sagu, lagi best!

Bubur Kacang Hijau
Bahan-bahan ( 4-6 mangkuk )
3/4 cawan gula
1 kotak santan 200ml
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan sagu kecil
Air (ikut kepekatan yang dikehendaki)
250 gram kacang hijau
Cara-cara
300 gm Kacang Hijau - direbus bersama air sehingga empuk (as masak dirice cooker)
1 Gula Merah + 1/2 cawan gula pasir - agak2 sendiri, kalau yg suka manis boleh lah lebihkan
200ml Santan
Sedikit halia - Optional,dihiris
Sedikit Garam
Cara-cara
Rebus kacang, Setelah kacang empuk, halia or daun pandan, gula, santan dan sedikit garam.
Kacau hinggalah sebati dan masukkan santan biakan mendidih seketika. sesiapa yg suka durian, bolehlah masukkan durian.
Ni plk Apple Pie, sebenonya semalam mokcik baru buek.Tapi anak2 punya la suke.. kene la buat lagi. Dak nurin bgtau dah 1 jam sblm berbuka.Ibu kelam kabut buat sampai goreng pun geseng2 dan keim x elok mana..x pe lah..asalkan sodap! jemaah kat surau kata mcm Mcnonal pnye..ermm..kembang idung makcik kejap! kejap je tau x lama pong! aritu pernah cuba rcp kak inahar..kalini as cuba rcp fidadaud plk..mmng best la! ka sini kami x pernah makan kat McD..paham2 je la kan..


Apple Pie
2 biji apple merah - potong dadu (as guna apple ijau)
1/3 cawan gula (jika tak suka manis, boleh kurangkan kepada 1/4 cawan saja)
1/2 sdk serbuk kayu manis
1 sdb perahan jus lemon
1 sdk tepung jagung + 1 sdb air
Bahan Pastri:
2 cawan tepung gandum
1 sdk garam
1/2 cawan butter - beku (sejuk)
1/2 cawan susu segar sejuk
**minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Inti: Dalam sauce pan (periuk @ kuali biasa boleh juga lah), campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal.
P/S: Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam @ inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.
Pastri: Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti. (Gaul guna hujung jari)
Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).
Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.
Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Jika ingin pastri lebih rangup, simpan dulu dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng.

6 comments:

ain said...

asssss.....mcm2 menu ni. bestnyaaa!! akak tengok ns lemak nak, tengok talam nak, tengok bubur nak, tengok pie pun nak gak.ada lagi ke..??

Azmiezas said...

As...amboi sedap2 nya kueh n nasi hijau tu...x pernah makan pun seumur hidup kita...kalau dekat nak gak sepinggan...he..he...x malu kan minta ngan org...n kueh As lawo2....sedap mata memandang...

Chik Mi said...

as sihat ke?amboi ijau dia semuanya,ari ni akak pun pakai baju ijo ler.hihihihi

~NurKasih~ said...

as to kak ain,
akak! kalau pose ni,mmng mcm2 kita teringin ya kak? ni je yg as sempat buat kak..

~NurKasih~ said...

as to azmiezas
Azmiezas. x mana peliknya,cuma kaler je ijo..he..he..rasa maintain cam nasi lemak..tapi aroma & kaler sgt membangkitkan selera.. Jemput makan azmiezas!

~NurKasih~ said...

as to Chik Mi,
alhamdulillah sihat kak, pakai baju ijo ya.. munga2 ke plain tu?? ekekekkkk!