Saturday, August 29, 2009

Kuih Talam Gula Merah

Assalamualaikum w.b.k,


Arini masak biasa2 je.. ada jemputan berbuka puasa di surau. So, as cuma sempat buat Kuih Talam Gula Merah & Karipap.Karipap x yah posing kat sini lah ya..Ingat balik dari terawih nanti baru nak masak utk sahur tapi dapat pulak berkat (tapau) he..he.. ni yg duk tercegat update blog nih!.. sesapa suke kuih talam ni boleh lah cuba, kalau x minat pun x ape.. sekadar nak kongsikan aje! setengah org panggil talam gandum atau talam gula merah..

Kuih Talam Gula Merah
Bahan2nya (as guna loyang 8 x 8)
BAAGIAN BAWAH
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air gula merah ( 1 1/2 cwn gula merah+1/2 cawan gula pasir+1cawan air) dimasak, sejukkan
2 cawan santan cair
BAHAGIAN ATAS
1/2 cwn tepung beras
3 cawan santan
4sdb tepung jagung
1sdk garam
campur smua bahan dan panaskan sebentar seniasa digaul sekadar panaskan saja,jgn sampai bergentel.

cara2
sapu sedikit minyak keatas loyang, masukkan bahan A, kukus 10-15 min, gunakan garfu lorekkan atas permukaan lapisan gula merah,kemudian tuangkan bahan yg atas tadi pula. Kukus hingga masak.
Untuk menghasilkan permukaan yg cantik dan rata, penutup kukusan dibungkus dengan kain. Setelah betul2 sejuk baru boleh dipotong.





12 comments:

ijayuji said...

Salam kak as!!! Selamat berbuke!!!! cantikkk kuih talam akak!!! akak ni mmg boleh bukak kedai kuih mesti laku ;-).. tak parnah mkn lagilah rasa mcm nak cuba buat lah!! :D

ain said...

cantiknya talam as!!!! geram tengok!

Nur,Nura, Nurad, Yani said...

ni boleh masak dlm microwave ke?

cikwan said...

salam ziarah puan umah..cantek kuih talam tu..sedapnyer untuk buat berbuka puasa

~NurKasih~ said...

Salam adindaku Khadijah,
Kalau Ika buat lagi lah santeekkk! Nak pacak payong kat NZ ni takot lak x de yg nak beli..nghee!! Slmt Mencuba ya Ika!

~NurKasih~ said...

As to ain
Kak Ain... as ni baru je belaja wat talam2 ni kak..dulu taunya beli je.. Kena belajar sbb Hby suke makan kuih2 melayu..

~NurKasih~ said...

Nur,
Akak x pernah cuba guna microwave kuih2 yg spesis kukus ni.. semua yg jenis kukus ni akak guna kuali je.. bawa kuali dari Msia..he..he..

~NurKasih~ said...

as to cikwan
salam cik wan, tq sudi ziarah. Mmng sesuai sekali utk berbuka.. Salam Ramadhan wat Ciwan & fmly

Chik Mi said...

salam As cumeinya As potong kue tu,mbak arak sepotong yo

Manis said...

Salam kak,

saya tengok kuih talam kak yg cantik ni terus saya try buat. Alhamdulillah menjadi dan sedap..ramai kawan cakap sedap. TQ kak for sharing the recipe. Selama ni, saya dok cuba buat guna resipi lain kurang menjadi.

bahuluinti said...

Salam ziarah..saya suka tengok kuih kuih talam kak as..hari ini mencuba talam gula merah..

fazza said...

salam..tq utk resepi. nampak sedap. teringin nk wt petang ni :)