Monday, August 3, 2009

Kuih Kaswi

Assalamualaikum w.b.k,
Selamat pagi Isnin..moga ceria2 selalu.. Bagi yg nak mulakan keja pagi ni mesti rasa blues2 je kan?? maklumlah masa weekend tu mungkin diisi dengan pelbagai xtvt.. Kuih Kaswi ni cemil2an ptg hari minggu.. kira ptg smlm la kan.. lama dah x buat kuih ni.. rcp sendiri pun ntah mana hilangnya..rasanya tertinggal kat JB kot.. tapi x pe lah as terai-menerai la pulak rcp CMG ni.. alhamdulillah sodap! cume tu la..punya le itam manis Kuih kaswiku iteww.. rasanya manis2 & kenyal2 manja je.. tapi x bau kentot pun?? ekekekekkk!! agaknya as letak kapur tu kurang tu yg x bau kentot tu.. tq ya Mat mmng best la kuih ni.. as minta izin C&P disini ya..

Kuih Kaswi
Bahan-bahan
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g) -as guna 1 cawan
240 g gula pasir -as guna 1 cawan
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water) - as x guna
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat- as guna 1 sdb kicap pekat
BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam
Cara-cara
Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..



7 comments:

ain said...

cantiknya bentuk kaswi as..ala2 bunga gitu!! akak nak try gak buat kuih kaswi ni, tp bila tengok resipi berjela2...terbantut ler niat tuuuu. beli aje laaaaa.hehehe

Sifu Mirza said...

menarik kuih kaswi bercorak ni..

selalu makan yang round shape ajer..

ni corak matahari... :-)

~NurKasih~ said...

as to kak ain
kak ain, kami kat sini kalau x buat sendiri alamat kempunan la kak.. walau rcp berjela..as cuba juga sbb hby suke kuih2 melayu ni kak..

~NurKasih~ said...

as to Sifu Mirza

Sifu, round shape mould tertinggal kat msia la Sifu.. kalau Hby as balik nanti nak srh dia hangkut smua.. as guna jelly mould je.. seadanya lah Sifu.. :)

Anonymous said...

salam as..beli kat mane yer air kapur tuh di nz?

Anonymous said...

salam as,ade daun pandan yer kat nz?kat kedai mne ye?

Anonymous said...

Air kapur mcmn ah... itu air kapur sireh ka..?