Wednesday, August 19, 2009

Kad dari Kak Intan

Assalamualaikum w.b.k,


Kad sebagai tanda ingatan dari Kak Intan. Lama dah Kak Intan pesan suruh ambil kad di Blognya, baru sempat post. Maaf ya kak, maklumlah. Masa nak berinternet agak terhad sekarang.Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam menjalani ibadah dan sama2 kita menghayatinya. Begitu indah sekali kad kiriman kak intan .. seindah bulan yg kita semua nanti2kan.Terima kasih ya kak, terharu plk rasanya, ada juga yg ingat as kat sini.. Doakan lah kami tabah menjalani liku2 hidup diperantauan, rasa sebak juga maklumlah berjauhan dari keluarga dan Puteri yg kami sayangi.Semoga Allah melindungi kami dan permudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Nampaknya kami menyambut Ramadhan dan Syawal di NZ juga pada tahun ini.. Salam Ramadhan dari kami sekeluarga buat semua.

Sedikit perkongsian ilmu dari as yg di petik dari Fadhliat Amal(Fadhilat Ramadhan) buat semua.

Hazrat Salman r.a berkata bahawa Rasulullah SaW telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan sya'aban:"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu bulan yang agung lagi berkati.Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam(lailatul Qadar) yang lebih baik drp seribu bulan. Satu bulan yg Allah SWT telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari berterawih sebagai satu amalan sunat. Sesiapa cuba menghampiri Allah SWT pd bulan itu dgn mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yg lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain.Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran adalah Syurga.Bulan itulah adalah bulan simpati,bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman.Sesiapa yang memberi seseorang berpuasa untuk berbuka,maka pemberiannya itu merupakan pengampunan utk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dr neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya.Para sahabat r.an hum lalu berkata:Bukanlah setiap drp kami mempunyai sesuatu utk diberi kepada orang yang berpuasa utk berbuka puasa," Maka Rasulullah SAw bersabda,"Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa utk terbuka."Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan drp neraka,.sEsiapa yg meringankan bebanan hamba-hambanya(pekerja-pekerjanya) pd bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah SWT dan akan dilepaskan drp Azab api neraka.Perbanyakkkanlah pada bulan ini empat perkara.Dua perkara pada kamu dpt meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu perlukan.Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain drp Allah(Laa ilaha Ilallah) dan kamu mohon istighfar daripadaNya. Manakala dua perkara yang tidak boleh yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga drp Allah swT dan meminta perlindungan drp api neraka.Sesiapa yg memberi minum kpd mana-mana orang yg berpuasa ,maka Allah swt akan memberinya minum dr telaga(Al-kautsar) pd hari kiamat. dgn sekali minum,dia tdk akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.."

Subhanakallah wabihamdhi (3X) Somoga ape yg kita baca dapat disampaikan kepada semua.

No comments: