Monday, August 31, 2009

Kuih Talam Suji

Assalamualaikum w.b.k,


Disubuh yg hening, waktu di NZ skrg 6.30am, sambil menemankan Puteri kedua bertadarus, maklumlah Ibu sedang ehem!ehem!! Ibu plk duk tercanguk dpn PC..astaghfurullahalazim.. sabo je lah! Jgn jemu dan jelak ngan as ya..x abih2 Kuih Talam..Kuih Talam..abih nak wat cam ner.. Cik Abe suke, so kena lah pelbagaikan.. Bio bnyk makan Kuih Talam jgn jd Talam 2 muka.. nauzubillah! Kalau suke boleh cuba ya.. Ni dessert berbuka semalam. Rupa x berapa nak elok sbb potong dgn sgt kelam kabutnya.. Maklumlah ada tamu nak berbuka posa, last minute... Nyambil kelentang kelentung wat Nasi Ayam..



Rcp dari Myr from Delila..

Bahan-bahan ( Sekeluarga )
BAHAN LAPIS BAWAH
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan pekat
3/4 cawan gula pasir
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
BAHAN LAPIS ATAS
4 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung kastard
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
1 cawan gula merah
Cara-cara
Masuk kesemua bahan lapis bawah ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga pekat.Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
Campurkan kesemua bahan lapis atas dan masakkan atas api kecil hingga pekat.Tuangkan lapisan atas ini di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.Ratakan dan kukus semula selama 20 minit.Potong dan hidangkan.

2 comments:

ain said...

lawa apa as potong kuih suji tu!! comel2 aje. bila ler akak nak try buat kuih talam2 ni ekh..?? suka gak akak laki bini mkn kuih talam.

~NurKasih~ said...

as to ain
akak, suami as hari2 kalau bole nak kuih talsm..tu yg di pelbagaikan..:)