Wednesday, November 4, 2009

Kuih Ketayap & Pulut Serunding

Assalamualaikum w.b.k,
Menu minum ptg hari minggu yg sudah. Bawa kerumah kawan utk minum ptg.Ni je yg terlintas difikiran dikala ketandusan idea.. Senang dan mudah.


Kuih Ketayap
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1sdk pandan paste + beberapa titik pewarna hijau
  • 1 1/2 cawan fresh milk
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • utk inti
  • 200gm kelapa kering @ 1/2 biji kelapa parut
  • 1cwn gula merah + sedikit gula pasir (manis ikut suka)
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. untuk inti; Masak air gula & daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) Masukkan kelapa kering @ kelapa parut.. gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Gaul tepung, fresh milk,telur dan garam..Letak 1sdb minyak masak.lebih senang di blend terus.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.
Ini 1 lagi kuih yg paling senang.

Pulut Serunding

Pulut
2cwn beras pulut
2cwn santan
1sdk garam
1sdb minyak masak (utk dptkan pulut yg gebu)
Cara2
Masukkan semua bahan kedalam rice cooker hingga masak.
Serunding kelapa
300gm kelapa parut
1senduk cili kering
1/2 labu bawang besar-dikisar
1sdb ketumbar -dikisar
1sdk jintan halus- dikisar
1btg serai-dikisar
sedikit belacan @ udang kering -dikisar
sedikit serbuk kunyit
1 asam keping (air asam jawa pun ok)
sedikit gula
garam secukup rasa
Cara2
Tumis cili & bahan2 yg dikisar,masukkan asam keping dan sedikit air.Perasakan dgn garam dan gula. Masukkan kelapa kering (atau kelapa parut) gaul rata dan kering.


6 comments:

ain said...

pulut serunding tu antara fav hubby. ketayap tu pulak fav akak. tp dua2 lum pernah buat sendiri. main beli aje.hehe

geraugebang said...

Kak gerau memang suka kuih ni.Dulu, masa kak gerau kecik, mak gerau buat jual kuih ni. Balance kuih yang tak habis, kak gerau bedal. he he he

nurindah said...

salam kak,
pulut serunding tu ngancamnyer kak. mesti sedap..:)

~NurKasih~ said...

ain
jeles la ngan kak ain ni, blh bli2..kita ni, dah teringin buat le sendirik kak, tapi kan kak..bila makan reramai kuih2 melayu ni best jugak tau :)

~NurKasih~ said...

geraugebang
wa,akak gerau kaki bedal ya..wah bak sini nak kenal2 ngan mak akak, nak menuntut la ngan dia.. mesti akak pun terror masak2 nih..

~NurKasih~ said...

nurindah
Alhamdulillah nur, kami suka pulut2 ni..