Saturday, November 7, 2009

Marble Cheese Brownies & Kuih Bakar

Assalamualaikum w.b.k,
Menu minum ptg smlm bersama tetamu dari Hamilton. Selain as hidangkan soto tulang (x posing kat sini la..lain kali ya..makcik bzy) ni dessert yg paling cepat dpt as siapkan. Semua main lebur dlm oben jew.. mungkin agak kelam kabut. Kebetulan as temankan aisya di kindi hingga jam 12.30.. just trying the new rcp.. and this is my 1st attempt..keja agak sememeh dan x de skill langsung nak melorek.. x pe la, learn from mistake.. Brownies ni rasa seakan kek coklat, anak2 as suke sgt.. aritu tgk ramai dah cuba, dek terliur kat fizanordin,ika & hana punyer le ni..punya la simpan lama kat tempayan tu..baru sampai seru nak buat..buat pun dah last mint..
Rcp amik diblog CMG , Minta halal ya Cik Mat, copy & paste kat sini..masyeeeh ya Mat..

Ni yg dah potong, sememeh je keja as nih.. :"(

Kena belajar lagi lorek2 ni.. keras betul tangan nih..

MARBLE CHEESE BROWNIES

BAHAN BROWNIES :-)
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE :-)
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (as guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B
as tambah 1sdb lemon jus & 2 sdb fresh milk

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Mat simpan brownies ni dalam peti sejuk selama 45 minit hingga 1 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin...

Ni plk dek dok terlena melayan Marble kat ateh tu..jd le cengini kuih bako kali ni..awatnya cetek & leper jeww.. x po la..yg penting sodap..laen kali kena pakai loyang lain.. sbb loyang kuih bako dah dipakai dek brownies kat ateh tu..layannn...

Kerak yg menjadi pojaaan hatiku... berebut anak2 nak kerak yg ireng2 tuh! resipi dari Kak Joayee ambil dari MyR..

Kuih Bakar Pandan
Bahan-bahan ( 6 org )
sumber dari : Joayee MyR
  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing


8 comments:

hazeleyed said...

Ass-salam Sis
kak Hazeleyed ni memang suka anything to do with chocholate ni...walaupun dah senja.Thanks for the recipe.
p/s lay out sis Nurkasih pun macam cokelat...rasa nak makan je...hahaha

~NurKasih~ said...

waalaikumslaam w.b.k,
terima kasih sudi singgah dan memberi komen, rcp sama2 dikongsikan, selamat mencuba ya kak,moga kena dgn citarasa akak sekeluarga.. salam kenal dari as

blogresipi said...

Salam Akak.. akak ape kabor? Cantiknye akak lorek lorek kat atas brownie tue... nampak kemas je... kuih bakor kite pon dah lama tak buat...bestnye!

ain said...

cantik la tu as. sekata aje lorekan tu!! klu akak,sememeh abis punya la.

Azura Suhaimi said...

Salam kak as, akak sihat? sedapnya bronis tu kak tambah lak cis mmg kita suka sgt kak...cantik tul akak nye kuih muih kt sini :)

nurindah said...

Salam kak As,
Apa khabar? rasa nak cubit2 jer brownies tu . nampak sedap. hihi

kakchik said...

sedapnya MCB dan kuih bakar as tu. MCB tu nampak sangat cantik coraknya, memang expert la as. tentu makannya pun sedap.

Anonymous said...

nk tanye skit ye..
yg cawan tu,cawan besar mane ye?