Wednesday, June 23, 2010

Kek Kastard Keladi

Assalamualaikum dan salam pagi Rabu.. Semalam adalah hari lahir En.Suami yg ke 40.. as dan anak2 ingin mengucapkan selamat Hari Lahir moga dipnjkan umur, dimurahkan rezeki, sihat walafiat disamping beriman dan beramal dan menjalani ibadah kepadaNya. InsyaAllah..Macam biasa jika nak meraikan hari2 bahagia ni, kami sekeluarga akan buat tahlil dan doa selamat sekeluarga.
Seperti kata anak2.. kalau besday mana keknya?? alahai,Ibu pula x pandai mana, ini adalah susulan percubaan ke2 dan permintaan En.Suami yg suka makan Kek Kastard Pandan yg pestime as cuba aritu, teringin pulak nak buat perisa keladi.. jd, buat anak2 & En.Suami, terima lah seadanya, sbb as mmng sangat kurang bakat dalam deco2 kek ni, tapi syukur lah hasil masakan dgn sentuhan penuh kasih sayang ini, lebih menambat hati En.Suami dan anak2..
Masih mengunakan resipi asal Kek Kastard Pandan cuma as edit sket2 guna perisa keladi dan tambah tokok bahan experimentguna kaler biru + merah..jd la pepel kan dan tambah sket perasa keladi..



1 biji kek span  Keladi
* bahan (A)
* gula kastor -180gram
* air daun pandan - 500ML
* serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
* bahan (B)
* santan pekat - 400ML
* tepong hoen kwee  - 85gram (as guna tepung beras)
* pewarna purple - 5ML/1 sudu teh (as guna pewarna biru + merah dan perisa keladi)
* secubit garam
* as tambah 1sdb mentega (utk bg kilat)
* UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara2nya :

  1.  kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan (sbb kek as tinggi, as potong kpd 3 bhg)
  2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  7.  letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  8. hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..


12 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Salam As sungguh mengguja keimanan...mak aiii terasa kelemakan keladi di anak tekak dah ni.....jilat bibir tengok gambar baru ni...amacam....dok berkira-kira nak cari bahan dah ni...huhuhu....Moga2 malam ni Hubby balik awal!

hana said...

salam kak...
epi besday wat asben akak! sonoknyer dapat kek cantik! mee bandung sodapp! untung bojomu kak! nnti besday hamzah wat kek nih jerk lah! senang kan kak kan! tp perisa keladi ora eneng... huhuuu

MaDiHaA said...

salam as..
geram akak tgk kek keladi tu.. dari dulu lg akak nak try kek cenggini lom jadik2 lg.. dulu tingin wt kek kastad pandan.. ni as dah cipta perisa keladi plakk... terliur dibuatnya..

Kakasma said...

salam as..
cantik sungguh kek kastad keladi as nie..mmg mengujakan sungguh..kalau dekat mau suh buatkan sebiji..nak gak cuba laa nnti..tu kek nye kena bubuh keladi ke just perisa keladi ajer...

~*as*~ said...

@ Kak Watie
Wsalam, Kak Watie, kalau Kak Watie yg buat tentu nampak lebih cantik dan menarik.. ni shj hasul kerastangan dari as..

~*as*~ said...

@ Hana
Wsalam Ina, Time kasih Ina, bwk adiah x? hu2.. walah2 Ina, kalau pandai mcm Ina lg la untung.syukur alhamdulillah akak diterima seadanya..

~*as*~ said...

@ Madihah
Wsalam Kak Madihah, as cuma ubah2 sket dari perisa pandan kpd perisa keladi je kak, alhadulillah sedap.. x manis sgt sedang2 je..alhamdulillah semua suka..

~*as*~ said...

@ Kak Asma
wsalam Kak Asma, terima kasih atas pujian.. masih bnyk yg perlu diperbaiki .. Tak perlu letak keladi akak, cuma perisa keladi aje ya.. kek tu kek span pandan yg ditukar pd perisa keladi kastardnya juga mcmtu..tapi sbb yam powder x brp ade kaler as campur pewarna biru + merah jd la pepel..he2

ina said...

akak ni kelas la...dlm duk pikir2 menu, tu dia...terus keluar yg canggih. nk tumpang tanya skit kak, serbuk agar2 segera tu akak pakai brand apa? beli kt sini ke atau import dr msia? ;-)

Azita Zain said...

salam as.
sedapnya kek kastad. happy belated birthday utk hubby as...

LEGACYHOUSE said...

As,

Please give Wan my warmest regards and best wishes on his birthday. Allah bless, always!

DrSam said...

salam. selamat ulangtahun ke 40 kepada suami. Semoga dilimpahi rahmat dan dibekalkan keimanan sentiasa.

Tengok kek nampak menjadi (seprti hasil kerjatangan profesional aje :)