Friday, June 4, 2010

Brownies Pandan Coklat Kukus

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cemil2an utk minum petang, bagi pengemar brownies, boleh lah cuba yg tidak berapa gemar tengok lah saje ya.. brownies ni sgt moist..aduhaii.. agak terlebey ijo la plk lapisan atas tu..padan la dgn muka saya ..x pandai nak agak2 ..maklum ler pestime nak mencuba.. nxt time kena kurangkan ijonya tuh..apa2 pun kalau berminat nak mencuba boleh la rujuk rcp spt dibawah...

 

 Brownies Pandan Kukus

Bahan-bahan 

  • Butter 190gm,
  • Gula Kastor 1 cawan, boleh kurangkan kalau x suka manis
  • Susu Cair 1/2 tin,
  • Telur 2 biji (dipukul),
  • Tepung Gandum 1 1/2 cawan,
  • Serbuk Koko 1/4 cawan,
  • Baking Powder 1/2 sudu teh,
  • Baking Soda 1/2 sudu teh,
  • Vanilla Esen 1 sudu teh,
  • Pewarna Hijau 1 sudu teh,as x guna, sbb dah guna pandan paste
  • Estrak pandan (kisar dari daun pandan)- as guna pandan paste jer
  • **Pastikan guna acuan panjang (loaf pan) supaya bila adunan pandan itu dikukus ia masak sekata...** - as guna loyang bulat shj..

Cara-cara

  1. Mula mula campurkan gula kastor,butter, susu cair dan esen vanila di dalam periuk dan jerang kan diatas api sederhana kacau sehingga gula dan butter cair. Kemudian biar ia sejuk (suhu bilik).
  2. Setelah sejuk masukkan telur dan kacau. Ayak 1 cawan tepung, baking soda, baking powder dan masukkan kedalam adunan tadi. Ambil 2 cawan dari adunan tadi dan campurkan dgn serbuk koko.
  3. Adunan yang selebihnya tadi dicampurkan dengan 1/2 cawan tepung,ekstrak daun pandan dan pewarna hijau. Panaskan pengukus. Lingsir acuan (greased)dan masukkan adunan koko tadi dan kukus dan tutup acuan dengan kertas timah agar air pengukus tidak masuk kedalam adunan. Selepas 30minit masukkan adunan pandan dan tutup semula dengan kertas timah.Kukus selama 30minit lagi. Dah siap..... Selamat Mencuba..

3 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

cantiklah hijaunya tu...

Watierman, rmanbkr said...

Salam As...wah dah lama tak terbang ke sini...tiba2 terpanggil dengan aroma pandan semerbak tu....Sihat ke As sekeluarga?? Akak mohon c& p resepi brownies Adik ni ya!!! dah lama tak wat brownies....terasa pulak nak makan sepotong...hehehe!TQ ya Dik! Mohon halal ya....

Ana Ali said...

wahh cantek nyer, gerenti sedap..lomah lutut tgk..bila ler rajin nak wat nih... pau sekping dulu eks