Sunday, June 27, 2010

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum dan salam sejahtera, teringin nak makan Cheese Tart tapi..tapi.. serba kekurangan..  tetiba pulak nak mege"tart".. alhamdulillah, anak2 suka dan lepas la keinginan nak makan BBCT nih..pestime mencuba.. walau ada yg ternifis,ada yg tertebal..x de acuan dan x pandai nak melorek... guna je acuan muffin sbb acuan tart tidak dpt di kesan disini..hihi..rcp dari Kak Am Flora tokey kuih muih tuh..thanks Kak Am yer, atas bantuan Kak Ita juga as dptkan rcp ini..thanks to both of u ya akak2.. :D


BLUEBERRY CHEESE TART
BAHAN PASTRY
1 biji telur
125g butter
6og icing sugar
250g tepung gandum
1/2 sk essen vanilla
1-2 sb air
CARANYA
Semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh
Bulat2 kan doh sebesar ibu jari dan tekan dlm acuan tat & cucuk2 kan sikit dgn garpu.
Bakar selama 15minit - 160°C
KRIM CHEESE
250g keju Philadelpia (atau apa2 brand yg halal)
60g butter
60g icing sugar
1 biji telur
CARANYA
Pukul semua bahan sehingga halus & rata
pipekan dulu sedikit blueberry filling kemudian tutupkan pula dgn krim cheese
lepas tu barulah dilorek mengikut corak disukai
(sedikit krim cheese + sdikit bluberry kaler - dan dilorekkan ke atas prmukaan tat)
Dibakar sekejap lebih kurang 5 minit



3 comments:

NOR AZIETA said...

Wah!!! Sedap n lawa tu Kak As.....

NOR AZIETA said...

Wah!!! Sedap tu Kak As... Cantik lagi.....

~ f i d ~ said...

ini la yg wat ngan nurin semalam ya..sedapnya..kalaaaaaaau la k as dok dekat, bulan puasa ni hari2 saya order ngn k as je..hu3