Friday, March 13, 2009

Lapis Roti Berdaging & Roti Sosej

Salam Jumaat yg penuh keberkatan..Menu breakfast. Resipi asal dari Kak E..tapi as pepandai je ubah.. Sori Kak E.. atas permintaan anak2. Memang sedap & mengenyangkan..Sesapa bekenan boleh lah cuba Rcp Kak E yg best ni..

:: Roti Lapis Berdaging ::


Posing jap sblm kena ngap...

Resipinya seperti dibawah...

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser


Cara-cara
- Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
- Satukan Susu+telor+secubit garam
- Pukul susu+telor+garam hingga sebati
- Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
- Ramas-ramaskan kesemua roti tadi (as x ramas2 as letak sekeping2)
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
- Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
- Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
- Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka) -anak2 suka cheese tabur didalam..so as x tabur diatas roti..
- Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
- Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos


:: Roti Sosej ::



Hu..hu.. alahai ape dah jadi ngan Roti Sosejku ini.. walau x ada rupa tapi rasanya memang sedap! anak2 memang suka. Terima kasih buat sifu Yani.. x ada breadmaker uli guna tangan je.. he..he

Bahan-bahan ( 12 biji )
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
******************
12 btg sosej
sos tomato/cili
mayonis
telur untuk sapu


Cara-cara
-Masukkan semua bahan di atas bertanda (**) ke dalam breadmaker. On kan tunggu siap.
- Bila dah siap. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
- Bahagikan kepada 12 bahagian. Rehatkan 10 minit
- Ambik sebiji roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 30cm.
- Pada bahagian hujung, buat leper sebagai tempat penyambung
- Kemudian sambungkan pada bahagian hujungnya
- Letakkan sosej pada bahagian tengah. Ulang langkah 4-6 sampai habis.
- Biar naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur
- Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kalau roti belum nampak perang, biarkan dalam oven selama 5-6 minit selepas bakar sebelum dibawa keluar dr oven.
- Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. Bila nak makan bolehlah letak sos dan mayonis.


:: sElAMaT MeNcUbA ::
Perfecto

4 comments:

GeNeRaSi MaLaYSia said...

amboi sdap nye..ttibe je prut ni lapo pas tgk gambo2 ni..hohoho..

CT Delima said...

As..sedap2 nya masakkan kat sini..rajin gak As ni ya..mesti lah rajin kan,kata isteri mithali kan hehehe

~NurKasih~ said...

Salam..GeNeRaSi MaLaYsia..
Alahai..ciannya lapo lak die...:)

~NurKasih~ said...

Salam CT, eleh CT pun ape kurangnya..rajin juga.. kat sini x leh nak bermalas2an CT, kalau x masak lapo lah my laling & my kidz tu.. CT masak ape agaknya..cuti2 sekolah ni.. bebudak lapo je kan??