Friday, March 20, 2009

Kuih Puteri Ayu & Apam Mentega

Salam Jumaat yg tenang sekali, keinginan nak makan Kuih Putri Ayu tahap maksima.. ekekekek.. smlm rasa boring sesangat duk umah sensorang, so...jln2 la kat pekan Hawera tu, terjumpa lak Jelly Mould tu (he..he.. tu pun nak tunjuk ekk) bkn ape, bila dak dok merantau ni segala mcm benda serba kekurangat tapi keinginan kdg melampau. Alhamdulillah dapat juga as buatkan anak2 Kuih Puteri Ayu ni.. Kemain suke sgt derang.. walaupun kuih tu x ayu asal sedap kat tekak dah syukur alhamdulillah..Resipi dari Mama Kastam Tioman terima kasih buat mama kerana sudi berkongsi rcpnya itewww..

Kuih Puteri Ayu

He.he.. saje je toys baru as tu nak tumpang posing kat sini ek..Hasinya cam rope bahulu cermai..ekekekekkkk...


Bahan-bahan
4 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan ( 1 paket santan segera +1 1/2 cwn air )
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau
Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepong ubi
Cara-cara
Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata. (as guna kelapa kering)
Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.

Yg gebas gebus kat bawah ni lak Apam Mentega. Ni pun satu hal juga. Mould kecik2 masa tu x ada as belasah je guna remekin.. amik ko.. kenyang anak2 makan sorang sebijik.. selebihnya as guna loyang memang sedap. Kalau dapat mould yg kecik2 tu lagi la best..Hu..hu..semua mould tertinggal di JB.Dul nak bawak juga tapi Hby siap sound rumah x nak bawak ke??? ekekekekk.. sabo je la.. x pe lepas ni as guna je jelly mould tu.. Resipi dari Kak Fiza.. mekasih ya kak Fiza sudi kongsi rcp yg sedap..memang ramai yg da mencubnya..
Apam Mentega

Bahan-bahan
(A) Bahan2 utk gula hangus:-
11/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega
(B)
1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak besama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
perap selama 1/2 jam.
panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

2 comments:

Aymy with love said...

amboi k as, menggoda jiwa nyer puteri ayu die.. mould tu comey sangatt... nak kena cari mould gak nie... hehhehe...

~NurKasih~ said...

Salam aymy, cari jgn x cari..mesti ada kat Kuwait tu kan.. rindu aymy la..lama x chat kan?? harap2 semua sihet ya Aymy..bila gak nya nak balik Msia??