Thursday, May 14, 2009

Daging Merah & Telur bungkus

Assalamualaikum w.b.k

Hu..hu... bzy2..jengah blog jap.., smlm dah layan tag2 ari...kali ni add rcp plk. Daging merah ni pabret kami sekeluarga. Sedap bebeno layan ngan sambal belacan,tomyam dan yang sewaktu dengannya... rcp Daging merah juga dah dikongsi di sini .


Bahan-bahan ( 6 orang )
500 gm daging -rebus & ambil airnya (sekiranya suka berkuah) kalau guna daging batang pinang x perlu rebus..
2 labu bawang besar- di hiris kasar
5 ulas bawang putih -di tumbuk halus
2 inci halia - di tumbuk halus
4 sdb sos tiram
2 sdb kicap- ikut suka
4 sdb sos tomato
2 sdb cili kisar
Lada bengala/lada besar merah @ hijau -dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
1 sdb perwarna merah- ikut suka nak merah macamana
Cara-cara
Tumis bawang putih dan halia, masukkan lada kering, setelah naik minyak, masukkan sos,sos tiram,kicap dan pewarna merah. Masukkan daging dan garam. Gaul rata.
Tambahkan air rebusan daging tadi jika inginkan sedikit kuah.
Masukkan carrot, lada bengala dan bawang besar.
Sedap di makan dengan sambal belacan. Selamat mencuba...

2 biji telur
100gm udang - buang kulit
100gm isi ayam - di cincang
2 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1 ulas bawang merah (dihiris nipis)
50gm sayur campur (peas,jagung,lobak)
Garam dan lada sulah
1 sudu makan sos tiram
daun sup - hiris halus
Cara-cara
panaskan minyak. tumis bawang merah dan bawang putih.
kemudian masukkan isi ayam. gaul hingga air ayam tu kuar. pas tu masuk udang. - gaul rata. masuk lak mix veggie, sos tiram lada sulah dan garam
gaul2 kejap pas tu masuk daun sup. angkat.
Pukul hingga kembang. - panaskan kuali. tuang sedikit minyak. masuk telur dan golek2 cam buat kuih dadar.
pas tu biarkan kejap hingga bhg bwh telur nampak hangus sedikit. tutup api. - masuk bahan yang di tumis tadi. kemudian boleh la melipat atau membungkus..

as masukkan telur dlm mangkuk dan masukkan inti dan telangkupkan kat pinggan..cam wat nasi pattaya tu..

No comments: