Tuesday, May 5, 2009

Nasi Paprik, Kuih Talam Labu..he..he.. labu lagi!

Assalamualaikum w.b.k

Alhamdulillah mood ari ni lbh baik dari semalam... kalau virus "M" masih berlarutan mmng kena cecepat cari Vit "R" Menu ringkas utk lunch coz, arini agak terkejar2 sket..dak Aisya dah start Kindy. So as masak Nasi Paprik utk lunch dan utk minum petang Kuih Talam Labu & Crispy Ring Onion..


Kuih Talam Labu.. labu lagi.. he..he.. sblm ni as suke buat Kuih talam Keladi, tapi guna je ape yg ada dpn mata..labu pun labu la..belasah la labu...;) alhamdulillah rakyat jelata kata sodappp la ibu!! kalau x sedap pun tolan jo la nak...

Resipi Kuih Talam Labu

Bahan-bahan ( Loyang 8x 8 cm )
Bahagian Atasnya :-
*1 cawan gula pasir
*1 helai daun pandan
*2 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 st. garam
1 st. perwarna kuning
:: Satukan santan pekat,gula pasir dan daun pandan jerang atas dapur dengan api pelahan sekali mengelegak saja tutup api dan biarkan sejuk betul.Setelah sejuk masukan tepung pukul rata dan masukan telur yang dipukul ringan dengan garam dan kacau rata-rata kemudian di tapis dan campurkan dengan perwarna kuning ketepikan dulu.

Bahagian Bawahnya :-
2 cawan santan cair
1 cawan tepung beras
1 cawan labu dadu siap rebus
1 biji telur
1 st garam
Cara-cara
Untuk bahagian bawahnya:- Bancuh tepung beras dengan santan cair dan telur pukul ringan dgn garam dan di kacau rata-rata tapis masukan dalam periok dan jerang atas dapur dengan api pelahan dan kacau selalu supaya tidak bergentel2 setelah pekat masukan pula labu yg direbus tadi dan digaul rata dan tuangkan dalam loyang yang siap dialaskan dengan plastik berukuran 12x12..rata kan adunan dan kukus selama 5 minit dulu dan tuangkan bahagian atasnya pelahan2 mengunakan senduk dan kukus semula dalam masa 30 minit.. tunggu sehingga sejuk baru cantik dipotong..
Crispy Ring Onion ni.. rakyat jelata suke sgt..kalah yg menggoreng..yg tukang makan dan menunggu je.. RCP yg sedap dan best dari Kak Fida kesayangan ku..


Bahan-bahan ( 3-4 orang )
2 biji bawang besar
7 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
1/2 sk baking powder
1/2 sk gula halus
garam secukup rasa
serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
1/4 sk serbuk cili
1 biji telur
125 ml susu segar
minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
Cara-cara
Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm. dan leraikan menjadi gegelang.Gunakan Bawang besar seperti dlm gmbr....biase dipanggil bawang jepun..
Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.
Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.
Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
Panaskan minyak di dalam kuali.Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.
Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika
panas2 lagi.

1 comment:

wan muhamad zaidi said...

yaa Allah sedapnya, lapar pulak baca entri niee!... labu baik utk mencegah sel cancer