Tuesday, May 19, 2009

Nasi Minyak, Daging Kandar & Bun Kentang

Assalamualaikum w.b.k,

Menu ni dah selamat masyuk perut pun tapi nak gak selitkan dalam entri kali ni.. Menu weekend aritu, Nasi Minyak ni layan ngan Ayam masak merah,daging kandar dan paceri nenas.. kat NZ ni kalau x masak nasi minyak nak tunggu sape lak kawin.. alamat x merasa la kan?? he..he..

Rcp asal Nasi Minyak ni rcp dari tulip77,as ambil di MyR.. tapi as ada adjust2 sket.. anyway 2 thumbs up! Semua kata sodap..Terima kasih wat tulip sudi kongsikan rcpnya..

Bahan-bahan ( 6 org )
1/4 cawan minyak sapi (as guna 1sdb minyak sapi dan 2 sdb minyak masak, sbb x berapa suke bau minyak sapi tu)
2 biji bwg putih,dicincang
2 biji bwg besar,dihiris
4 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 biji lada putih,ditumbuk
2 cawan beras (as guna beras Jasmin je)
2 cawan air
1 cawan susu cair/fresh milk
2-3 titik pewarna kuning
1/2 cawan kismis
3 helai daun pandan
untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam
Cara-cara
Pijarkan minyak sapi dalam periuk.Goreng bwg besar dan bwg putih hingga kekuningan.
Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan lada putih.Goreng selama 5minit.
Masukkan beras,air,susu cair,daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning.Kacau supaya semua bahan serata.Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.
Masukkan kismis dan kacau rata.Setelah itu tanak nasi hingga betul2 masak.Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam.



Rcp Daging Kandar ni dari kekanda ku yg jauh nun di Rembau N.9 tuh.. kancan jowo gak.Asal dari Johor gak Kak Asma ni.. kak, tenkiu sudi share rcp.. as copy paste di sini ya..
1/2 kg daging
6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
2 sudu besar kicap pekat maggi
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
1 labu bawang besar(dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
KUlit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari
garam dan perasa
Cara-cara
daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

Ni lak Bun Kentang, Rcp dari Ros nun jauh di Tokyo tu.. Bun Kentang ni memang pebret Abg Wan tau Ros.. sib baik ros post rcp ni..kena lak time Kak As nak wat lunch box utk derang ni.. So, inilah hasilnya.. lulus ke x ni Cikgu.. rope memang out, tapi rasanya alhamdulillah, lemak2 dan gebus sungguh ler! brp la kali ni markahnya yekk!!..

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-12 bun kecil )
250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis ataupun susu kacang soya.)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
1 biji telur (dipukul sedikit)
(untuk bancuhan sos kastard ) 2 sudu besar tepung bird custard
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula
Cara-cara
-Buat bancuhan kastard dulu- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.
-kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
-klu guna tangan untuk menguli, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, -keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
-Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .
Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap Selamat Mencuba...

1 comment:

Keri AlHaj said...

dah lama betul tak makan nasik minyak ni....