Kuih Tepung Gomak
sumber dari tulip77 myresipi
Bahan-bahan ( 20org )
- 300gm tepung pulut( as tambah sedikit tepung gandum)
- 300g tepung kacang hijau
- * Bahan untuk inti *
- 150gm gula merah
- 1/2 cawan gula putih
- 1 bj kelapa parut
- 1/2 st tepung gandum
- 1 helai daun pandan
Cara-cara
- Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
- Masukkan kelapa parut dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
- Gaulkan tepung pulut, sedikit tepung gandum dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang kental.
- Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan.
- Masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula.
- Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap.
- Masak hingga ianya timbul barulah diangkat dan ditoskan (sama mcm buat buah melaka)
- Golekkan dalam tepung kacang hijau dan aturkan dalam piring untuk dihidangkan.
5 comments:
akak sukaa tepung gomak!! klu pi psr mlm..mesti beli sekeping dua!!
Wah, nampak fresh tepung gomak dia. kak gerau suka tepung gomak. Tapi selalu macam tersangkut kat tekak bila makan.
Salam Kak As,
Ni antara kuih kegemaran gak ni..Tapi sekarang dah susah nak cari..kena tunggu bulan posa dulu..
salam Kak As....
saya suka kueh ni sangat susah nak cari ...eeemmm agak2 nyer byk mana tepung gandum akak letak first time nak buat ni...TQ
akak!! terima kasih banyak2 untuk resipi ni.. saya memang dok cari resipi ni, ayah saya asyik sebut nak makan ja... favorite dia ;) lepas ni boleh cuba buat untuk dia..
Post a Comment