Tuesday, January 26, 2010

Kuih Tepung Gomak


Salam di pagi Selasa yg cerah..2,3 hari ni x dapat nak update blog dek kerana line yg tersengut2.. Kuih Tepung Gomak ni, x tau la.. ramai org suke ke tak, tapi sbb dah lama beno x makan rasa teringin la pulak. Patut ler bila pakai bedak comot sket org ckp muka mcm repung gomak, rupanya, kuih ni ala2 mcm pakai bedak comot ler ropenya.. Kalau nak makan standby air ya, sbbnya.... sendiri mau ingat ..silap haribulan maunya tercekik..pastu dia berhabuk. walau mcm2 gosip psl dia ni..rasanya tetap sodap! lembut jer..Kalau duk Msia dulu, keja membelinya je..nama nak ambik tau cara2 membuatnya idok sekali..tapi bila dah ingin nak makan kat sini, kena la ambik tahu juga cara2 membuatnya.. alahaiii..sonang jo, ruponyo.. pueh ati plk tu bila buat sendiri..lum sempat dibedakkan pun dah laju jer bdk2 ni makan..



Kuih Tepung Gomak
sumber dari tulip77 myresipi

Bahan-bahan ( 20org )

  • 300gm tepung pulut( as tambah sedikit tepung gandum)
  • 300g tepung kacang hijau
  • * Bahan untuk inti *
  • 150gm gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 bj kelapa parut
  • 1/2 st tepung gandum
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
  2. Masukkan kelapa parut dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Gaulkan tepung pulut, sedikit tepung gandum dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang kental.
  4. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan.
  5. Masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula.
  6. Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap.
  7. Masak hingga ianya timbul barulah diangkat dan ditoskan (sama mcm buat buah melaka)
  8. Golekkan dalam tepung kacang hijau dan aturkan dalam piring untuk dihidangkan.


5 comments:

ain said...

akak sukaa tepung gomak!! klu pi psr mlm..mesti beli sekeping dua!!

geraugebang said...

Wah, nampak fresh tepung gomak dia. kak gerau suka tepung gomak. Tapi selalu macam tersangkut kat tekak bila makan.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As,
Ni antara kuih kegemaran gak ni..Tapi sekarang dah susah nak cari..kena tunggu bulan posa dulu..

shan zain said...

salam Kak As....
saya suka kueh ni sangat susah nak cari ...eeemmm agak2 nyer byk mana tepung gandum akak letak first time nak buat ni...TQ

HasLiZaJaMiL said...

akak!! terima kasih banyak2 untuk resipi ni.. saya memang dok cari resipi ni, ayah saya asyik sebut nak makan ja... favorite dia ;) lepas ni boleh cuba buat untuk dia..