Thursday, April 15, 2010

Kuih Talam Keladi

Assalamualaikum w.b.k,
Tertunai lah hasrat dihati.. hehe...Kuih talam2 ni fav Encik Suami as, selama ni duk pending dlm list je. Kunun2 atas alasan yg x berapa nk logic, x de pewarna pepel & esen keladi tu..tapi sebenarnya itu bukan 1 alasan yg kukuh.. Idea dari anak dare as yg no 2 tu, Nurin Nazifa. Dia srh as campur pewarna biru dan merah..so, jd la kaler pepel nih.. ok lan kan janji pepel..Dapat la melepaskan keinginan nak makan kuih talam keladi.. tapi ntah ape silap ternifis la plk lapisan ateh tu..InsyaAllah lain kali kalau buat kena lebih berhati2..terima kasih buat yatie  dari Louisiana, United State..geng masak2..nampaknya minat as sama ngan Yati suka buat kuih2 talam dan kukus2 ni.. Yati pun bnyk bg semangat pd as supaya rajin2 mengupdate blog ni, bukan apa sblm ni as agak ketandusan mood utk mengupdate blog,bukan langsung x masak, gambar dah amik, masak mcm2 juga hari2..tapi mood nak mengupdate tu x mari2..hehe.. terima kasih buat yati yg sudi memberikan kata2 semangat buat as agar terus berblog..

Sempat posing lepas kluar loyang je..lps kena kerat2 x sempat nak posing..
Kuih Talam Keladi
Bahan-Bahan.

Lapisan Bawah
300 gm keladi(potong dadu,rebus dan toskan)
600 ml santan cair
150 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Lapisan Atas
1 cwn gula pasir
1 cwn tepung beras
3 cwn santan pekat
1/2 sudu kecil garam
pewarna purple dan esen keladi (as guna pewarna merah + biru sbb x ada pewarna purple & esen keladi)
Cara-Cara
  1. Keladi di potong dadu dan di rebus-toskan baru di timbang dlm 300 gm.
  2. Dlm bekas campurkan santan cair bersama tepung beras, tpng ubi dan sedikit garam.
  3. Gaul sebati dan masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau supaya tak bergentel. Masukkan keladi tadi dan gaul sebati.
  4. Panaskan pengukus dan letak sedikit minyak dlm loyang yg di alas dngn plastik.
  5. Kukus adunan tadi selama 20 minit.
  6. Sementara itu, dlm bekas lain campurkan gula tepung beras, santan, garam pewarna purple dan esen keladi. Gaul sebati.
  7. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa di kacau.
  8. Setelah itu tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yg di cakar2 sedikit dngn garpu.(Sekiranya ada sedikit air di atas permukaan tadi, lapkan dahulu menggunakan tisu dapur)
  9. Kukus selama 20 minit guna api sederhana. Setelah siap, sejukkan dahulu dan potong menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya.
Tips > buka penutup kukus setiap 10 minit dan lapkan air yg ada di penutup kukus dan sambung balik mengukus kuih atau bungkus penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis atas kuih.

2 comments:

Yatie said...

Salam As, wow menjadi dan tentunya sedapkan...yatie pun guna warna merah campur biru....tapi terlebih campur..tu yg terang betul..
Ada lagi tak ni...nak rasa juga sepotong dua ...

Watierman said...

Salam As...Akak kalau kuih2 talam ni memang berkenan sungguh!

Kalau nak buat...nak makan sepotong dua jer....terpaksa bertapa dalam peti...tu beberapa hari!