Assalamualaikum w.b.k,
Apple pie mmng pebret kami sefmly. Suka letak serbuk cinnamon sbb suka akan aromanya..wangi je 1 dapur.Rcp best dari
CMG dan ambil di MYR..
Apple Pie selepas kebakaran
Apple Pie sblm kejadian
Hasil dibedah siasat..Suka dgn kulitnya yg rapuh tu..jemput makan smua..
Apple Pie
Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )
- 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
- 200 g gula pasir
- 50 g kismis
- 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
- UNTUK DOH PIE :-
- 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
- 200 g mentega (dan as campur sedikit minyak)
- 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
- 250 g gula halus(as kurangkan sukatan gula)
Cara-cara
-
Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
-
Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
-
Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
-
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
-
Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
-
Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Selamat mencuba..
7 comments:
Sedap nya As....rasanya filling apple tu tak jalan dengan anak2 Akak...tapi nak juga makan pie...!!
Cantik je Apple Pie yang As buat... mesti rasanya pun enak..
Salam As, mmng sedap apple pie ni..kalau bakar, bau semerbak je...itu yg buatkan kita tak sabar nak rasa...ank2 lagilah...ada lagi tak..nak sepotong tu..
As to watierman
O..mrk x suka ya kak, anak2 as plk, lum wat pes dah sibuk makan dulu..memula dulu pun mrk x brp suka, bila dah selalu buat nampaknya dah jd fav plk..:D
as to mamaFami
Tq mama, alhamdulillah rcp pun kena ngan taste kami mama,terima kasih kerana sudi singgah ke sini ya mama :)
as to Yatie
Wsalam Yatie, mari2 jemput makan..:D, mmng suka bau nya..harumm
saya pun suker haruman cinnamon...1 dapo harum semerbak je bauknye...
Post a Comment