Wednesday, April 14, 2010

Seri Kaya Karemel

Assalamualaikum w.b.k,

Lama la sudah nak wat Kaya nih..cuti2 sek ni, koje lapo je anak2 ni kan, alhamdulillah anak2 as makan x cerewet sgt, kalau Ibu dia kena Virus M, sapu aje le kaya ni kat roti..keh3.. Suka dgn rcp ni, simple dan sedap. as ada kurangkan sket sukatan gula, alhamdulillah rasanya ngam la.. tenkiu ya CMG sbb kongsikan rcp di MyR nun..


Sapu2..tepek2 kat roti benggali homade ku..adeh ternifis la plk.. layan...

Seri Kaya Karemel
Resipi dari CMG
Sumber dari Myresipi

Bahan-bahan ( Menghasilkan kurang lebih 2 cawan )

  • 3 biji telur Gred A
  • 300 ml pati santan (guna santan kotak pun ok)-as guna 1 tin santan pekat  400ml
  • 240 g gula pasir (as guna 200gm gula)
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • UNTUK KAREMEL:-
  • 60 g gula pasir
  • 125 ml air panas 
  • (as tambah 1sdb tepung custard & 1sdk tepung gandum)

Cara-cara

  1. Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas, kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
  2. Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selau. Bila guna menjadi perang, perlahan2 masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.
  3. Kacau adunan no 1, dgn wisk dan masukkan karemel tadi sambil terus mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan wisk sehingga adunan menjadi pekat. Berhati2 kerana adunan yg pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas botol.

1 comment:

indahhouse said...

salam kak as,
bagusnya seri kaya nih. baru konfiden nak makan kan, kak? slalu yg saya beli yg gardenia tu, frust sbb takde honey. kalu kacau jem ni sendiri tentu leh tambah ikut rasa...yum yum..masuk list.:)