250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 biji telur
140ml air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna hijau atau buleh juga guna pes pandan
1 sudu kecil dough softner atau bread improver
Cara-cara
masukkan semua bahan dlm bekas adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan, klu ade breadmaker pilih menu dough dan tekan On je. Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda.
selepas itu, tumbuk doh utk keluarkan angin, uli dlm dua tiga minit dan bahagi doh pada 16 bahagian. biarkan seketika lebih kurang 8 hingga 15 minit.
kemudian letakkan inti kaya pandan dan tutup doh, atur doh tadi diatas dulang pembakar dan biarkan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 40 minit .
semburkan air dipermukaan doh dgn spray dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. sejukkan atas redai dan boleh lah dimakan. Bun ni akan lembut je sentiasa.
amat sesuai dijadikan sarapan atau minum petang. Selamat mencuba.
Laksa Penang Perantau.. kalau dah ada nama perantau tu..he..he..paham2 je la ekk.. guna bahan2 ape yg ada je la.. Menu semalam.. MyLaling tengah x sedap badan..buat le laksa ni..bio ada selera sket.. Laksa ni pebret no 1..anak as yg sulung..
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
1paket laksa beras (400gm)
*Bahan kuah laksa*
1 tin makeral in oil dikisar
3-4 asam keping
1 labu bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
2 btg serai dipotong 2 dan diketuk
1 senduk cili kering yg dikisar
3 cm belacan -dikisar
segenggam daun kesum
garam secukup rasa
*Bahan ulam laksa*
4-5 biji telur rebus - dibelah dua
1 biji cili merah - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
1/2 biji nanas madu- dihiris (as guna nenas dlm tin)
1 batang timun - dihiris memanjang
1 biji lemon di potong 4
4-5 helai daun salad - dihiris
Cara-cara
*Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus hingga lembut & ditoskan
*Kuah laksa* Rebus semua bahan yg dikisar bersama air..ikut suka bnyk mana, masukkan makeral yg dikisar, asam keping,serai ..didihkan.. perasakan dengan garam dan masukkan daun kesum.Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya.
2 comments:
salam rindu wahai kekanda yang jauh..
heheh
akak..miss sangat akak...apa khabar? banyaknya resepi menarik sekarang...
akak..nanti kita YM ye.
SSTS~SRISUFI
salam as...
rajin as masak2..duk tmpt org kan mmg gitula..syoknya as tggal kat nz ni ari2 cuci mata tgok view segar n cantik je. dh lama ke kat nz. sy kt dubai baru 2 thn. bila as nk balik msia? tq ye sudi sggh kat blog yg xseberapa tu.
Post a Comment