Terima kasih atas ucapan " Selamat Hari Ibu" kad di atas adalah datangnya dari Kak Ina KL.. terima kasih ya Kak Ina..atas ingatan Kak Ina sempena hari Ibu.. Sebak rasa bila kenangkan segala jasa dan pengorbanan ibu kita. As sudah kehilangan ibu tersayang sejak berusia 13 tahun lagi.. Rasa kehilangan "sesuatu".. tapi alhamdulillah Allah mengurniakan seorang Ibu Mertua yang sangat penyayang seperti ibu sendiri..walau kami berlainan agama tapi alhamdulillah kami serasi..terima kasih buat mama kerana menerima diri ini seadanya..
Selamat Hari Ibu buat Mertuaku Madam Pappa.. Baru jap call mama di Melaka, kemain gembira lagi dia. Hu..hu rindu ngan masakan mak.. x sangka lak mak pun rindu ngan masakan As.. alahaiii.. Buat semua yang bergelar ibu,Mama,Mak,Umi.. Selamat Hari Ibu dari As.. semoga kita terus menjadi ibu yang mithali buat anak2 kita..
1 comment:
Salam kakak,
SELAMAT HARI IBU
semoga kakak dikurniakan kesihatan yang baik...serta berbahagia dan tabah hati mengharungi ujian hidup silih berganti.
rindu akak
Post a Comment