Monday, May 11, 2009

Donut, Pizza, Nasi goreng Tomyam dan Roti Jala Berinti Kari Kentang & Daging

Assalamualaikum w.b.k

Sebenornya ni menu smlm.. b'fast as wat Pizza & Donut, Lunch Nasi Goreng Tomyam dan Roti Jala Berinti kentang & daging sebagai minum petang..
Pizza ni as guna doh donut tu.. rakyat jelata suke sgt sebab lembut jer.. utk tarik minat anak2 as wat la donut tu.. as skodeng rcp HaSue di MyR..terima kasih wat HaSue kerana berkongsi rcp yg best ni..best sgt2..

Bahan2:
500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening -as guna vege shortening
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2.
Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee[edited]
Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^


Nasi goreng Tom Yam ni pun best le sesangat.. ni pun cilok rcp kat MyR tapi ejas2 sket rcp adik akak dari Kanazawa tu.. dik Hana..mekacih ya Hana, mangan kambek ndok & krupuk waie.. nek eneng KFC kan walah enak yo!! he..he kuie pun kabeh sukak banget lo..;)
Bahan2:
2 mangkuk nasi
5-6 ekor udang segar
1-2 ekor sotong sederhana - potong ring
200g daging ayam - potong kecil2
4 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - ketuk
3-4 biji cili padi - tumbuk@potong2 - klu nk pedas
1 peket perencah tomyam adabi@ 2 kiub pes tomyam maggi/knorr
kubis - hiris kecil2
carrot - hiris memanjang
tomato - potong dadu
1 batang serai - ketuk
3 helai daun limau purut - racik2
1 biji telur
garam
Cara-cara
Tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau.
Masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas.
Masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap.
Masukkan sotong, udang, carrot,tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata.
Pecahkan telur dan taburkan garam. gaul. masukkan nasi dan gaul rata.
Last skali masukkan kobis. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan daun bawang n hirisan lada merah.
Hidangkan bersama ayam goreng berempah, keropok ikan dan sup ayam jika suka.
SeLaMaT MenCuBe!
Roti Jala ni, kes nak cepat. Selalu buat camni je.. Pebret MyHby. Roti Jala Berinti Kari Kentang dan Daging..

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

cara
Untuk Roti Jala - Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Bahan Inti:- Seperti membuat inti karipap(sediakan inti terlebih dahulu)

500gm kentang - potong dadu
1/2 inci halia-dikisar
1 labu bawang besar- dikisar
2 ulas bawang putih -dikisar
3/4 cwn minyak
3 sb rempah kari
garam secukup rasa
1 kiub pati ayam
Minyak utk menumis
Cara2 :Panaskan minyak, tumis bawang besar,bawang putih dan halia hingga naik bau dan masukkan daging kisar dan serbuk kari, gaul rata. Masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa dan kentang yang dipotong dadu tadi..masukkan sedikit air,masak sehingga kentang empuk dan taburkan daun sup. Masak biar agak pekat. Angkat dan sejukkan. Sediakan roti jala dan lipat sikit tepinya dan letakkan inti tadi. Lipat pula tepi kiri dan kanan roti jala dan gulung seperti kuih dadar tu. Buat hingga habis.

1 comment:

Ana Ali said...

meriah nyer makanan kat rumah alma, bila lah rajin nak memasak cam nih eks. Tersukan bila ada rasa R itu yer