Tuesday, May 26, 2009

Madeleines, Nagasari & Tepung Bungkus

Assalamualaikum w.b.k,
Pagi ni jenjalan jap kat pekan TeAroha ni..lain yg dicari lain lak yg terjumpa. Jumpa plk acuan Madeleines ni.. sambo le satu..Kebetulan Cikgu Ros ada post rcp baru.. Ingat nak ke Hamilton weekend ni mana tahu bole jumpa acuan kuih ni, tak sangka lak ada jual kat pekan kecik ni.. Buat ros, terima kasih sudi kongsikan rcp, cayang dia..lps ni post lagi rcp bebanyak kat MyR ya..akak buat 2 adunan ros, takut x cukup lak buat 1 adunan tu.. rasanya macam kuih bahulu..kirakan bahulu moden la ekk!! minta izin kongsikan diblog akak ni ya ros.. maaf la gambar x secantik rupe sebonar maklum la, guna HP je!!

Dapat la banyak ni ha...kalau masak 2 adunan..

ini ler rope acuannya.. bau kedai lagi tuh!! x rugi beli, memang sedap kuih ni..

Bahan-bahan ( menghasilkan 18 biji madeleines )
125 gram telur ( lebih kurang 2 biji telur saiz M)
90 gram gula
125 gram tepung gandum
125 gram butter ( cairkan)
4 gram baking powder (1 sudu kecil)
25 gram madu (1 sudu besar)
sedikit parutan kulit lemon atau kulit oren
Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder, kemudian cairkan butter, parut sedikit kulit oren, glis acuan madeleines dengan butter dan tabur sedikit tepung gandum atas permukaan acuan madelines tadi.
Pukul telur dan gula hingga agak kembang, dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, gaul sebati, masukkan parutan kulit Oren serta madu, akhir sekali baru masukkan butter yang telah dicairkan.
kacau sebati dan perap adunan dalam 20 minit, biar lebih sedap dan bagi tujuan menaikkan aroma. Scop adunan dah isikan 80% dlm acuan. akhir sekali panaskan oven 180 darjah dan bakar selama 14 minit, Ok dah siap, sesuai untuk minum petang, bentuk pun comel je.
jika tiada acaun madeleines ,boleh juga letak dalam papercup muffin dan kalau mahu pelbagai rasa boleh variasi kan adunan ini, tambah koko ataupun ape juga perasa kegemaran anda, nak tambah coklat cip pun boleh. Selamat Mencuba
Ni plk Tepung bungkis, wat minum petang anak2 ngan hby smlm..as merasa gak sket utk berbuka puasa.. Ikutkan cara bungkusnya cam kuih koci, tapi nak cepat la katakan, wat sama bentuk ngan Nagasari tu.. Resipi PrincessHaryati ni as ada adjust2 sesuka hati as je.. sori ya princess.. rcp cilok kat sini..

Bahan-bahan ( seisi keluarga )
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
secubit garam
daun pisang di layang skit ke ats api kecil
utk inti;
1/2 biji kelapa parut (as guna kelapa kering)
2-3 keping gula melaka
4 sudu tepung pulut (as hanya taburkan sedikit tepung gandum)
sehelai daun pandan di simpul
Cara-cara
Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit

Kuih Nagasari ni memang pebret kami sekeluarga, kat sini x ada pisang raja, guna aje pisang biasa yg ada kat sini..alhamdulillah sedappp!! terima kasih wat NisaMPB.. rcp skodeng kat sini


Bahan-bahan ( 12-15 biji )
1 cawan tepung beras
5 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula
sedikit garam
5 biji pisang raja (potong serong, memanjang, membujur atau mana2
Daun pandan, disimpul
Daun pisang secukupnya
Cara-cara
1. Koyakkan daun pisang anggaran 20cmx 20cm dan layukan sekali lalu diatas api kecil.
2. Campurkan tepung, santan, garam, gula dan kacau hingga sebati.
3. Tapis dan kacau diatas api yang sederhana hingga pekat lalu ketepikan.
4. Ambil satu senduk adunan & letakkan diatas daun pisang yang telah dilayukan.
5. Letak sepotong dua pisang dan tutup adunan ini dengan sesenduk adunan lagi.
6. Bungkus dengan lipatan kiri & kanan
7. Kukus didalam kukusan dengan air yang mendidih selama 15 hingga 20 min.
**Nagasari ini tidak berapa manis sangat, tapi jika pada yang suka manis bolehlah tambahkan gulanya mengikut rasa.

No comments: