Monday, June 28, 2010

Rich Blueberry Muffin

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin, Muffin ni utk bekal anak2 ke sekolah.Ada belen2 Blueberry buat BBCT aritu, as buat muffin nih..Rcp ini as ceduk dan hangkut dari dapur CMG sapa x kenal CMG kan.. bnyk juga rcpnya yg as dah cuba semua sedap2 u.. Bak kata Cik Mat sebenarnya muffin ni ala2 kek pun ada, tapi kalau "the real" muffin teknik dia memang berbeza, kalau yang ni ala2 cup cake pun yea juga. Kalau diperhatikan resipi ni hanya resipi basic, boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing... Tq Mat, sedap ler..
Tinggal 3 ketui uk diposingkan..yg lain dah ikut kanak2 riang ke sekolah.. :D Muffin cup itu dri jauh u..kiriman dari adik Ijayuji aka Ika dari Bangkok.. mekacih Ika..



BAHAN-BAHANNYA :-)
130 g mentega berkualiti
125 g gula halus
3 biji telur gread "B"
250 g tepung gandum*
10 g susu tepung*
15 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
130 ml susu sejat "IDEAL"
1 camca teh esen vanilla
Bluebery filling secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu antara 1 biji telur ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang seli dengan susu cair, hingga habis dan di akhiri dengan esen vanilla. Putar hingga rata.
  4. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 1/2 penuh dan sudukan 1/2 camca teh blueberry filling, tambah sedikit lagi adunan. Buat hingga siap.
  5. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan turun kan suhu kepada 180C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan sebelum dihidang untuk minum petang...Menghasilkan kurang lebih 20 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup yang anda gunakan..



1 comment:

ain said...

salam as...camtik muffin as. akak ni pun lama dah tak buat muffin. sekrg ni dapur mmg tutup terus sbb tgh renovate.nanti dh siap, nak memuffin la.