Thursday, June 10, 2010

Roti Saj

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Roti Saj ni simple dan sedap, layan ngan apa2 jenis kari pun ok.Yg sebenarnya dah lama terhidang didapur teman2 cyber nu.. as je tetinggal ketapi.. dah buat last week lagi tapi baru la sempat nak simpan dlm koleksi resipi sendiri. Untuk kali ini, as buat kari sardin jer, sbb memasing dah tak sabo nak tunggu ibu derang kejar ayam..jd nak ringkas mancing jer ikan sadin dlm tin..kan senang..sedap pun sedap.. heeee.. rcp copi pes dari blog kakasma, macih akak.. semua suke..alhamdulillah..


ROTI SAJ
Bahan-bahan
  • 1 sb yis mauripan
  • 1 sb gula
  • 1 1/2 cwn air suam(as guna fresh milk)
  • 3 1/2 cwn tepung
  • 1/2 st garam
  • sedikit minyak 
Cara membuatnya

  1. Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.

  2. Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.

  3. Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (as bahagikan kepada 10/11 ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung  dan salut minyak)

  4. Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat..
Nota : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.


No comments: