Wednesday, June 30, 2010

Bun Kacang Merah

Asslamualaikum dan salam sejahtera, lama gak x meroti, sambil kebuhsanan tunggu sup ekor as pun mula meroti, searching kat pak cik google jmpa lak rcp dari blog Noreen yang asalnya rcp dari CMG, sedap dan lembut dan lemak manis jer.. as doublekan rcp utk rcp yg sedia ada. Untuk Noreen dan CMG tq atas rcp yg sedap dan as minta izin kongsikan rcpnya ya..


Bahan-bahan (9 biji):250gm tepung roti
10gm susu tepung
40gm gula kastor
1 camt yis
1/2 camt garam
40gm mentega atau unsalted butter
120ml air
30gm telur - saiz kecil
1/2 camt bread improver - optional
1/2 camt bread softener - optional (as x guna)

inti kacang merah secukupnya
sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti



cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM masing2
  • selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bahagikan doh kepada 9 bahagian dengan setiap satu seberat 50gm
  • kemudian bentukkan menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di atas tapak tangan
  • isikan inti kacang merah dan tutupkan semula menjadi bulat
  • lakukan sehingga habis dan susunkan di dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min
  • pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven tanpa perlu 'ON' kan
  • apitkan kiri/kanan atau atas/bawah loyang tadi dengan dua cawan air panas
  • supaya proses penaikan doh menjadi cepat
  • selepas itu bakar pada suhu 180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan loyang tadi dan sapukan permukaan roti dengan sedikit olive oil supaya ianya sentiasa kekal lembut

4 comments:

ain said...

seronoknya tengok bun as, pas ni akak pulak nk try resipi ni.

Ina Mohamed said...

Kak As, sedaplah nampak bun ni tp inti kacang tu buat camne yer?

~*as*~ said...

@ Kak ain
buat kak..buat.. as bekenan plk kat rcp yg ni..sedap!

~*as*~ said...

@Ina

Ina, inti tu, akak bli yg dah siap, ada jual di kedai Asia kalau di Auckland ada di E-Pac.. utk kuih pau bg akak inti ni agak manis, tapi kalau utk bun, rasanya sesuai..