Bahan-bahan (9 biji):250gm tepung roti
10gm susu tepung
40gm gula kastor
1 camt yis
1/2 camt garam
40gm mentega atau unsalted butter
120ml air
30gm telur - saiz kecil
1/2 camt bread improver - optional
1/2 camt bread softener - optional (as x guna)
inti kacang merah secukupnya
sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti
cara:
- masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
- tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM masing2
- selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
- bahagikan doh kepada 9 bahagian dengan setiap satu seberat 50gm
- kemudian bentukkan menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
- ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di atas tapak tangan
- isikan inti kacang merah dan tutupkan semula menjadi bulat
- lakukan sehingga habis dan susunkan di dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
- biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min
- pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven tanpa perlu 'ON' kan
- apitkan kiri/kanan atau atas/bawah loyang tadi dengan dua cawan air panas
- supaya proses penaikan doh menjadi cepat
- selepas itu bakar pada suhu 180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
- keluarkan loyang tadi dan sapukan permukaan roti dengan sedikit olive oil supaya ianya sentiasa kekal lembut
4 comments:
seronoknya tengok bun as, pas ni akak pulak nk try resipi ni.
Kak As, sedaplah nampak bun ni tp inti kacang tu buat camne yer?
@ Kak ain
buat kak..buat.. as bekenan plk kat rcp yg ni..sedap!
@Ina
Ina, inti tu, akak bli yg dah siap, ada jual di kedai Asia kalau di Auckland ada di E-Pac.. utk kuih pau bg akak inti ni agak manis, tapi kalau utk bun, rasanya sesuai..
Post a Comment