Thursday, February 12, 2009

Menu orang Males

Assalamualaikum w.b.k

Arini agak males2 gitu.. so.. ini la menu bf, lunch & afternoon tea.. kena masak cepat2 nak siapkan menjahit.. lagi sikittt je dah nak siap..

:: Nasi Goreng Pattaya Smiley ::

Bahan2Nya..

1 mangkuk nasi
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 gengam sayur campur
1 ketul dada ayam di hiris nipis
3 biji cili padi/3 sudu cili kering-ikut suka
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
4 biji telur

Cara2Nya lak..
:: Tumiskan bawang besar,bawang putih dan cili. Masukkan dada ayam yang dihiris nipis, kiub pati ayam,garam dan sayur campur. Gaul semua bahan kemudian masukkan nasi.
Setelah siap nasi goreng, ketepikan.
:: Pukul telur, campur secubit garam dan buat seperti telur dadar. Tapi jangan terlalu tebal.
:: As x teror macam abe2 kat gerai tomyam tu...so as masukkan telur dadar ni dlm mangkuk kemudian masukkan nasi goreng tadi dan telangkupkan di pinggan.
:: Maka, siaplah Nasi Goreng Pataya. Boleh lah di letakkan Sos. Sedap makan ngan tomyam atau sup tulang.
:: Boleh ulang semula bungkus nasi dengan telur tu.

:: Roti Goreng Pedas ::

Bahan2Nya:

1 bungkus roti putih gardenia (atau apa2 jenama pun ok) potong 3x3
3 sdb cili kering (pedas ikut suka)
1/2 labu bawang besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
2 sdb sos tiram
3 sdb sos tomato@sos cili
1 kiub pati ikan bilis @ kiub pati ayam
1/2 sdt garam (hati2 sbb bahan2 diatas sudah masin)
2 biji telur (digoreng buat telur dadar)
Segengam taugeh, hirisan daun sup dan daun bawang

Cara2nya lak:
:: Pukul telur dan goreng dadar...setelah sejuk digulung dan dihiris halus
:: Tumis bahan2 yang dikisar hingga naik minyak, masukkan kiub pati bilis @ pati ayam, masukkan sedikit air,sos tiram,sos tomato dan sedikit shj garam
:: Masukkan roti dan gaul dgn pantas..(sebab sambal cepat menyerap dlm roti) kemudian masukkan taugeh dan telur yg dihiris tadi..
:: Taburkan sedikit hirisan daun sup &daun bawang..sedia di hidang.. sedap dimakan panas2

:: Mini Pizza ::

Bahan2Nya:

200ml air
300g tepung roti
14g gula
3.5g garam
16g shortening
3g dry yeast
6g susu tepung
Topping:
- Ni cara as (nak cepat) goreng daging burger dan hancurkan.. layukan bawang besar dah mix vege.. masukkan daging burger tadi.. masa hiaskan topping boleh campur sos & mayo..ikut selera masing2 ler...
Cara2nya lak
:: Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.
:: Bla dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit
:: Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda
:: Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.Resipi ini dari FeNDi

3 comments:

Sifu Mirza said...

ya Allah As....

pertama kali saya jumpa nasi pattaya tersenyum...

gurau ajer... :-)

famili semua sihat yer...
mudah-mudahan begitulah...

~NurKasih~ said...

Assalamualaikum SiFu..
Lama x dengar kabar SiFu..

He..he... saja je SiFu nak tarik minat anak2.. biar mereka berselera & sentiasa ceria..

Alhamdulillah kami sekeluarga sihat walafiat..

Ziehelmy said...

As....roti goreng pedas ye.... hehehehe...kreatifnye