Friday, March 12, 2010

Kuah Kacang Berlauk

Kuah Kacang berlauk ni, penyediaannya ringkas. Sesuai dimakan dgn nasi impit, lontong & the gang. Sebelum ni as guna ayam, tapi sedap juga jika diganti dengan daging. Satu kelainan dalam rcp kuah kacang. Rcp dari Honey liena dari MYR dan as ada ubah suai ikut citarasa sendiri.. Sekiranya tidak menggunakan daging boleh juga gunakan Ayam yg dipotong kecil. Masukkan asam keping terlebih dahulu supaya ayam tidak hancur.


Bahan-bahan ( 6-7 orang )

  • bungkus Nasi Impit Nona/Adabi (as buat nasi impit je)
  • 1 Paket kacang Tanah 
  • 1/2 mangkuk daging yang telah dipotong dadu(boleh juga guna ayam jika suka)
  • 5 ulas Bawang Merah*
  • 2 ulas Bawang Putih *
  • 2 S/b Cili Giling* ( ikut suka nak pedas tambah sukatan dia yer)
  • 1 keping Gula kabung / Gula Nisan
  • 1 inci Belacan*
  • 1 btg Serai- dititik(as guna 2 btg 1 dititik dan 1 dikisar)
  • 1 inci halia*
  • 1/2 cawan minyak masak untuk menumis
  • Garam (secukup rasa)
  • 1/2 cawan air Asam jawa(as guna asam keping)
  • 2 s/b udang kering- direndam *
  • (Bahan2 yang bertanda * hendaklah di kisar sekali untuk dijadikan pes)
  • as tambah 1 cawan fresh milk

Cara-cara

  1. Rebus nasi impit sehingga beras menjadi masak dan empuk & pejal, kemudian tapis dan masukkan dalam penapis.
  2. Panaskan kuali dengan minyak, dan masukkan bhn2 kisar tadi kedalam kuali dan tumis bahan2 tadi sehingga wangi dan terbit minyak...kemudian masukkan hirisan daging tadi,masukkan air sedikit dan masak daging sehingga empuk. Kemudian masukkan serai yg telah dititik tadi, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk sedikit kasar , kemudian gaulkan sehingga sebati.. tumis bahan2 tadi sehingga betul2 sebati dan terbit minyak. Last sekali bolehlah di masukkan bahan perasa secukupnya.. rasa manis, masin,masamnya... kalau ok kira korang dah paslah tu...hehe...
  4. CADANGAN HIDANGAN: Bolehlah dihidangakn bersama2 dgn nasi impit yang telah dipotong cube..curahkan kuah kacang berlauk tadi keatasnya...

2 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Aalahai...asyik nampak nasi hempet...tu yg buat teringat lodeh pulak....As sihat ke????Nak sikit....nak cicah dgn nasi hempet......kalau rajin nak rebus jugaklah ....sebab terasa nak makan lodeh la pulak!

ain said...

salam as..akak nak try lah buat kuah kcg berlauk ni, ada kelainan dr kuah kcg biasa.