Wednesday, May 5, 2010

EZ Choc. Swirl Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ni as nak share wat kek paling EZ.. hehehe.. sesiapa yg berminat boleh la cuba ya.. sangat mudah dan sedap. InsyaAllah tentu menjadi dan tidak menghampakan.. Maaf lama x update.. My lappy baru ja kluar dari ward ICU dan beruk pun dah dapat di halau..masa utk bersiaran dan mengupdate rcp pula.. rcp dari siapa lagi kalau tidak dari Kak Fida ku cayang from Myresipi.. selamat mencuba :)

 

EZ Choc. Swirl Cake
Bahan-bahan ( 9x6 inch/loyang roll 10x10x1 in )
  • 200g tepung naik sendiri - diayak
  • 175 g gula castor/halus
  • 175 g mentega/majerin
  • 3 biji telur
  • 4 sb susu segar/jus oren
  • 1 sk esen vanilla (jika menggunakan susu segar)
  • 100-125 g choc. masakan - dicairkan

Cara-cara

  1. Loyang dialas kertas minyak dan disapu mentega sekeliling.
  2. Satukan kesemua bahan2 kecuali choc. cair ke dalam mangkuk mixer.Pukul adunan hingga kembang.
  3. Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang dan tuang 1/2 bahagian coc. cair,lalu tuang lebihan adunan lagi rata2 dan tuang lebihan choc. cair ke atas adunan.Ambil lidi atau batang sudu,cucukkan ke dalam adunan dan lorekkan membentuk marble.ATAU boleh dibuat selapis adunan dan tuang semua choc. cair dan lorekkan.
  4. Bakar pd suhu 160C selama 50 min - 1 jam atau hingga masak ikut sesuai suhu oven masing2.
  5. Adunan boleh dijadikan choc. swirl square/slice cake dengan menggunakan loyang roll...tuang semua adunan ke dalam loyang roll dan ratakan lalu tuang choc. cair rata2 dan lorekkan...bakar selama 30 - 40 min.
  6. Sejukkan kek,potong 4 persegi 1.5x1.5 inc atau ikut suka dan sajikan.
Sblm kebakaran

setelah kebakaran.. :)

3 comments:

fireflies said...

akak cantiknya dan mcm senang nak buat kek ni.. nak cuba buat la juga...

thanks for da resepi

~*as*~ said...

as to fireflies
Cuba la Nani, soo EZ & soo Yummy.. anak2 kata mcm butter cake dan choc atas tu menambah kesedapan kek yg sgt gebu tu.

ain said...

salam as. apa kabar??lamanya akak x singgah blog as ni. busy sikit la. now ni baru nak stat ronda2 balik.