Wednesday, August 18, 2010

Kuih Sagu

Assalamualaikum w.b.k, tambah 1 lagi kuih manis2 manja utk berbuka arini. Kuih Sagu..anak2 suka sgt dgn kuih ni.. sekali hadap je derang ngap..:D, tapi untuk as, x boleh golek2 kat kelapa la..karang batuk ni makin menjadi2 plk.. Kali ni as letak sket tepung jagung.. memang ada sedikit perbezaan. Bila nak potong cantik je.. Kuih pun x keras dan tidak lembik..sedang elok je bila potong.


Kuih Sagu

2 cawan sagu - basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula
2 sdb tepung jagung bancuh bersama sedikit air 
Kelapa parut + sedikit garam
Cara2:

1. Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
2. Apabila mendidih masukkan sagu
3. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
4. Masukkan bancuhan tepung jagung 
5. Angkat, tuangkan dlm acuan yg telah digris dgn minyak
6. Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
7. Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa..
DiNZ kelapa sgt mahal dan susah nak dpt.Biasanya jika as nak gaul kuih dgn kelapa, as guna Kelapa kering halus & kasar. Dan letak sedikit santan dan as panaskan di microwave atau kukus. Kemudian gaul dengan sedikit garam..

4 comments:

Jiya said...

peberetttt tuuuuu!!! possssssss!!

ain said...

salam as...sedap tu kuih sagu.akak pun suka!

inaku79 said...

k.as, beli kelapa sebiji kt countdown....hehehe, jenuh plak nk parut pakai ape... ;-) saya pn guna desiccated coconut jgk, senang.

k.as, batuk jgn lupa minum madu ngan lemon...berkesan...

fmina08 said...

kak as...saya xpenah wat sagu yg betol2 mnjadi..huhuhu..