Tuesday, August 24, 2010

Puding Cendol

Assalamualaikum w.b.k, Salam 13 Ramadhan di NZ.. diam tak diam dah 13 hari.. Dessert berbuka hari ini. Kes semalam teringin nak minum cendol tapi gula merah x cukup, perap dulu cendol dlm peti es sampai dah luntur..pocat jer.. Puas mencari gula merah di kedai Asia berdekatan..dah abih pulok.. Kensel nak Minum Cendol smlm (En.Suami muka x puas ati) "Lain kali nak buat check dulu bahan2nya".. :P  huhu..x jadi nak menyendol..Menerai ler pula arini dengan gula merah seketol utk cuba dijadikan Puding Cendol.. Resipi asal dari tuntung15.. (harap2 En.Suami senyum lebo arini)


Puding Cendol
Bahan

Bahagian Lapisan Bawah

500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam
Bahagian Lapisan Atas

500ml air
200gm gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara

Bahagian Lapisan Bawah

1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.

Tips : untuk acuan.

Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.


Bahagian Lapisan Atas

1. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur.
2. Tapiskan air gula.
3. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
4. Kocok kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam.
5. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.

Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan lorek2 dengan garpu di serata adunan.

Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan
Resipi cendol dari Siti Mariam dari MyR ..ahaaaa... kontot2 ler.. cam ulat lak.. eheee..guna pengukus lobang kecit.. alhamdulillah..menjadikkkk... best tang tenyeh2 tu..

Cendol

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

5 comments:

mas said...

wah kak as, cantiknya puding cendol...cian akak cari gula merah tak de, lain kali akak kena beli lebih, boleh buat stok...

Yan said...

YA ALLAH cantiknya kuih awak, kak..Naik tergoda saya..Nnt saya nak cobalah.ayah saya gemarkan agar2..Hopefully cantik mcm ni..Silap2 tak nak makan..Sebab cantik..heee

inaku79 said...

waahh...cendol...tergoda. tp nk kena cari kapur la plak dulu....huhuhu....

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt kak.. solid betul la puding cendol akak tu.. teringin benar saya nak mencuba tang cendol tu.. sape tau kot2 laku musim2 tetamu datang beraya nanti~

Yati Ali said...

salam as, cian lah mencari gula merah...puding tu mengancam sungguh..