Friday, August 13, 2010

Kuih Cara Berlauk

Assalamualaikum w.b.k,

Menu berbuka harus difikirkan hari2.. betapa seronoknya di Malaysia, senang nak tunjuk itu ini, disini kena la creative dan cuba buat sendiri. Nampaknya pada tahun ni anak2 lebih suka pada kuih2 yg pedas2 sikit berbanding dengan kuih manis2..Mungkin sebab air2 dah manis, jd Kuih2 kena lah pedas2 sket, lagi pun tekak melayu dan Jowo tak hilang didunia..

Antara kuih pada 1st Ramadhan kami.. kuih cara berlauk :)

Kuih Cara Berlauk (1 fmly)

Bahan2 utk tepung
5 cawan tepung gandum
1cawan santan dan 2 cawan air (adjust2 ikut pekat, cangan terlalu cair)
Sedikit garam
Pewarna kuning
1 biji telur
(nak senang diblend semuanya)

**Bahan2 utk inti(lauk)
Daging cincang
2sdb serbuk kari
1sdb serbuk cili (pedas ikut suka)
*Halia
*Bawang putih
*Bawang besar
Kisar bahan*
Tumis bahan kisar, masukkan serbuk kari, serbuk cili dan dan daging cincang..perasakan dengan garam. Setelah masak sedia utk dijadikan inti.

Bahan utk tabur
Daun sup & daun bawang dihiris halus
Bawang goreng
Lada merah dihiris halus

Cara2:
Panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak, tuang adunan tepung dan masukkan daging dan taburkan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan lada..tutup dengan tutup periuk sebentar biar masak dan boleh di hidang..

Selamat mencuba :)

3 comments:

Hafiza said...

salam akak,
minta kebenaran copy resepi ke blog saya. ;)

Azian Nd said...

Salam As,
eloklah di buat sendiri...wlupun kat sini bole tunjuk2 tp belum tentu sedap. Apapun kuih cara tu...nak kena buat ni...

Anawahid said...

wah3.. ada talam berlauk laaa.. ngencesss mbahyuu... hhehehe