Tuesday, December 9, 2008

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha kepada pengunjung blog MyNurKasih, sahabat handai, saudara mara yang dirindui..dan khusus buat Jemaah yg sedang mengerjakan Ibadah Haji di Tanah Suci Mekah..semoga mendapat Haji yg mabrur,di terima segala amalan & mendapat rahmat serta keberkatan dari Allah s.w.t

Terima kasih buat Dir & Fara yg sudi mengirim kan kad ucapan buat Kak As di sini dan kepada
pengirim2 ucapan yg lainnya..seperti :

Aei
SriSuFi
SiFu Mirza
Sunkist
Lin
Ainnur
Pu3 Allya
Pengirim SMS dan yg lain2..

Sunday, December 7, 2008

Rahmat Ujian


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma
Sesungguhnya ada hikmah di sebaliknya
Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihiku setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihan doaku berpanjangan
Aku bersyukur dan tabah menghadapi
Segala takdir ku terima dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Segala ujian diberi aku tetap selalu bersyukur
Syukur alhamdulillah...

Ya Allah..
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan
Tuhan..
Ku tak berdaya
Tempuh segala Tanpa kasihMu
Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung

Pasrah merayu redhaMu ..Ampuni dosa-dosaku..

Tuesday, December 2, 2008

Mari cuba buat Kuey Teow sendiri!!

Assalamualaikum w.b.k
Lama x update blog sampai Lin pun dah tanya nape x update..he..he..ok lah..kali ni nak citer lah & nak kongsi ngan u all..camner nak wat Kuey Teow..kami di NZ ni susah sikit nak dapat..tapi dah teringin sgt nak makan..resipi ni As dpt dari member MyResipi (umie)..semoga allah murahkan rezeki umi kerana sudi berkongsi resipi ni..


Kuey Teow seblm & selepas make over
Bahan-bahan ( satu kilo )
350 tepung gandum
150gm tepung beras
1 biji putih telor
200 ml air
tepung ubi secukupnya
minyak secukupnya
air untuk merebus
garam secukupnya

cara2:

::Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkuk adunan dan uli doh
::jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak
::Disebabkan As x ada pasta maker tu..As gelek2 jer guna tangan


::Tabur tepung ubi atas doh yg siap d gelek tadi..potong guna pisau..

::Rebus Kuey Teow hingga timbul dan tapis

::Letak sedikit minyak supaya tidak melekat &sejukkan..
(lebih mudah membuatnya kalau ada pasta maker tu..hu..hu..)


Makan plk kat dpn beach..mkn ngan fries,karipap & fruits..ngan angin sepoi2 gitu..ni kurang sorang..kalau ada ainaa lagi besh!! pirana no1..he..he..we miss u kakak!! ingat x ni la tmpt biasa kita lepak2 time weekend..

Wednesday, November 26, 2008

Tahniah buat Dania!!

Assalamualaikum w.b.k
Walaupun keputusan UPSR telah diumumkan beberapa minggu lepas, tapi dengan kesibukan As yg x abis2 ni..dan dengan keadaan broadband yg ala2 kena asthma ni ingin juga As menyelitkan entri khas buat anak angkat kesayangan As, Dania Dzumirah Dzulkarnain ni..atas kejayaan Dania mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR..Dania anak sulung kepada sahabat baik As Juhara & Zul.Selain Dania,As juga di maklumkan bahawa ramai juga anak2 teman As yg mendapat 5A..Tahniah buat semua..yg kurang berjaya tu..harap2 jgn putus asa..usaha lagi.. mungkin ada rezeki pada masa akan datang..

Congrats! data not applicable data not applicable data not applicable

Birthday Banner

Selain ucapan tahniah buat Dania, As gelar kan diri As.. 'Ibu' pd Dania dan adik2nya Dinie Qadeja & Dalila ni.. Ibu juga nak ucap Happy belated b'day buat Dania & Dinie..semoga ceria2 & sihat2 selalu,dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,menjadi anak yg solehah buat mama dan papa & mendapat lindungan & rahmat allah s.w.t, Kami kat sini dah rindu U all..hanya foto2 menjadi tatapan utk mengubat kerinduan..Nampak sedap kek tu..hu..hu.. Buat Dalila stay cute & cubby2..

Wink I Miss You
Blow Kiss



Saturday, November 22, 2008

Jawab Tag ke 2 dari Lin

Assalamualaikum w.b.k Salam semua...As nak jawab Tag dari Lin yg telah megetag As smlm....ada 2 arahan..Soalan tag nye begini...

Light Bulb

ARAHAN 1:Anda di kehendaki menulis 10 perkara yg anda ketahui mengenai org yg mengetag anda itu...

sapa lg Lin lah..

1)Nama penuhnya Marlin Bt Mohd.Noor

2)Seorang Isteri yang baik dan Mama Vouge kpd 3org anak

3)Ceria,cute,suka gelak & melawak..seronok kenal Lin..

4)Suka bantu org, tinggal berdekatan ngan As di Tmn Bukit Indah JB

5)Lahir pada tahun 1976 umur 32 thn..beza 1thn jer ngan As

6)Peramah,dikenali dan disenangi ramai..tengok je la blog dia..meriah sakan

7)Suka warna Purple

8)Suka Tom Yam..

9)Rajin ziarah kawan & dan menyertai aktiviti2 kemasyarakatan

10)Punya ramai geng pondok..antaranya Aida,Milah,Zana,Yati, dll..


ARAHAN 2:Lps anda menjawab tentang org yg mengetag anda,anda di kehendaki menulis 10 perkara tentang diri anda..pulak!!

Shy Whistler Sewing Machine Carving Turkey

1.Saya..em..panggil je As..Kak As.. ada gak yg panggil Cik As.. gelaran baru dpt (Nek As)

2.Umur 33thn ..D.O.B 1st April 1975..berasal dari Kota Tinggi Johor..dan di lahirkan di Pagoh Muar

3.Seorang yg sederhana..sgt sayang kanak2..

4.Seorang isteri kepada seorang insan bernama Mohd.Ridhwan

5.Seorang ibu kepada 4 org Puteri..Nur Ainaa Nabihah11+ ,Nurin Nazifa 10, Nurul Khairunnisa 7, Nur Aisyah Najwa 4+

6.Suka berkawan tetapi pemalu..emm..ye ker..

7.Sangat rindu pada anak tersayang ,keluarga,sahabat2 di Malaysia tanahairku..

8.Suka dengar bacaan Al-Quran dan alunan irama nasyid

9.Gemar memasak tapi x gemar nak makan..suka menjahit..

10.Kurus..sdg memikirkan camner nak gemuk..sape ada tips bole kongsi..


3.Hantar Tag kpd 10 org Laa..kena hantar tag kepada 10 org plk?? Duh

As ada prob sket yg ni..sbb broadband dah jd beratband tapi kiranya mereka2 yg ada dlm senarai jengah blog As sudi2kan lah Jawab ..(x jwb pun x per kan ??)bole gitu!! kesian derang asyik kena tag jer!!

-Azlin-aie-SriSuFi-aBG-FaRa(bukan dir)-Chime-PaPa-Jebat-CT&CM
utk yg di tag ni.. Thank You Spray I Love You

Sunday, November 16, 2008

Aku rindu kamu!!!

Assalamualaikum w.b.k, tiba2 rindu pada keluarga semakin mendalam.. selain rindu pada anak tersayang (Ainaa) teringat pulak kat adik bongsu kesayangan As ni.. Apa agaknya yg Apis,Iza dan Pu3 Farah buat sekarang ni.Lately terasa lega sbb Apis kekadang online di Skype..dapat juga dengar kabar berita darinya...





Doa dan harapan Kak As agar Apis sentiasa berbahagia selalu dan semoga impian dan cita2 yg di diimpikan akan tercapai..banyakkan bersabar dan berdoa..allah maha mengetahui segala2nya.Terima kasih walau kesibukan adik dengan tugas (sbg Navy) kdg2 adik luangkan juga masa untuk bertanya kabar berita kami di sini.. Salam rindu buat Iza & Pu3 Farah yg cute tu!! hu..hu..

Saturday, November 15, 2008

Hadiah dari aiE BaHRi

Assalamualaikum w.b.k ..Happy weekend wat semua. Alhamdulillah terharu dan bersyukur atas ingatan dari Bro sorang ni..yg selalu kenalkan dirinya sbg Aie...Kak As tumpang lega juga bila dengar Aie kata dah abis exam..ape x nya tengah Aie sibuk2 amik exam Kak As tag Aie plk..maaf ya Aie..doa dan harapan Kak as semoga Aie mendapat good result setimpal ngan usaha keras Aie selama ni dan cita2 murni Aie akan tercapai... Bro ni..seorang yang matang dan berpandangan jauh dan Kak As yakin sangat2 Aie seorang anak yg baik dan beruntung Ibu & ayahnya memiliki seorang anak seperti Aie ni.. Sebagai tanda persahabatan kami Aie hadiah kan kereta..Eewww!! dapat kereta FeLarii seh!! terima kasih Aie..Bagi akak nilai sebuah persahabatan itu sukar di nilaikan dengan sesuatu.. tetapi bagaimana kita menghargai sebuah persahabatan itu..Semoga silaturahim yg terjalin ini berkekalan & semoga cuti semester ni dapat Aie habiskan dengan sesuatu yg berfaedah bersama keluarganya..Selamat bercuti Aie!!

Friday, November 14, 2008

Eewwww!!! dir tag lagi!!

Tag gambar work station

Assalammualaikum.. mcm2 adik akak ni..mcm2 tag dia..hu..hu..utk x mengecewakan dir.. (sbb diri sendiri pun x suka dikecewakan) so dengan rela hatinya akak buat ya...tetiba teringat.. lps solat subuh..gatal2 open PC..pastu nampak plk dir on Yahoo..konon nak sergah nape x tido? rupenya aku ditag..camni kata dir..Salam kak..akak ditag?? hu..hu.. iye lah..akak buat sekarang jugak dir..





arahan: Snap work station anda. Then..taruk link blog kat bawah gambar work station anda..iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..tengok contoh yang dibuat nih..begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok..sekiranya tag ini berkembang..pastikan akan ada banyak link-link di bawahnya..kalau tak..terencatlah dia..hahaha..lastly..tolong pas tag ini pada tujuh (7) blogger lain..pass lah pada siapa-siapa..

Part nak pas2 kat blogger ni ampun ya dir..harap dah faham reason akak tu..cam x best ekk reason akak tu..camni camna akak nak eratkan silaturahim..abis nak buat camna..dah nya dah jadi beratband.. ni la tempat Kak As buang masa yg x sia2..bila anak2 tido ke..gi sekolah ke..suami keja..kdg x ada ape nak buat..teman setia ni dok lambai2 akak..meh dtg sini temani daku, sentuh lah daku...ni la tempat belajar masak..kenal dunia blog..kenal dir&fara,sRi SuFi,Chime,aie,aBG,CT,papa,Azlin,Jebat..dan yg paling rapat sape lagi Lin la..tempat lepas rindu pd adik beradik,sahabat2.. di Msia.. Jgn marah dir akak x blh tag org !! kena denda x?

Tuesday, November 11, 2008

Aku bergelar Nenek buat Nur Rania Qisteena

Assalamualaikum.. alhamdulillah dah tambah status..Nanny..Rania nak panggil As & Wan ape ya..Emm..Nek As & Tok Wan..Kira okey ler..Nak story sket pasal betapa gembiranya kami mendapat cucu pertama..Puteri pertama & pemata hati buat pasangan bahagia anak saudara As ni (CT& Fendi)..Apa lagi Abang As dan keluarganya tu lagi lah gembira..Buat Abang As Hj.Abd Rahman & Hjh.Tumirah..kami kat sini tumpang gembira juga..Sampai sekarang As x dapat berjumpa lagi..Rindu cam nak balik sekarang jugak bila tengok foto2 Nur Rania Qisteena ni..Eewwww! Cute nya.. Nek As copy foto2 Rania ni kat Friendster tau!! Semoga Rania menjadi pengikat kebahagiaan Mama & babanya dan menjadi Puteri yang solehah..

Sebenarnya..Keluarga kami ni besar..As adalah anak ke9 dari 11 org adik beradik..10 dari Ibu yg sama dan seorang lagi hasil perkahwinan Arwah Abah dah Mak Uda kami..Anak saudara As semuanya 41 org..coming soon jadilah 42 org..CT adalah anak saudara sulung kami..dan Rania adalah cucu pertama kami..



Buat Ika,Ila & deQ-no rajin2 tolong Along jaga Rania!! Cik As dah rindu pada semua family di Msia.. Salam rindu buat semua family di Pagoh..We miss u all..hu..hu..