Friday, September 4, 2009

Kuih Talam Pisang dan Talam Tokyo

Assalamualaikum w.b.k,

Salam di pagi jumaat, smlm sebenornya teringin nak wat lepat pisang, tapi daun pisang frozenku bnyk yg dah patah2.. alahai..camne niee.. pisang,kelapa,gula dan tepung dah gaul.. x kan nak wat cekodok plk.. nak buat cekodok ape salahnya kan?? tapi pk2 balik ayang as tu suke kuih2 talam nih.. try je lah wat kuih talam pisang..mana tau menjadik.. alhamdulillah, kena ngan citarasa dia & anak2.. ikutkan lapisan bawah tu x payah letak kelapa, tapi nak wat camner kan?? dah terrr letak.. jadi juga Talam Pisang..

Talam Pisang

Lapisan bawah (pisang)*
3/4 cwn gula
2 sdb tepung jagung
1cwn tepung gandum
3 cwn santan
1 cawan pisang yg dilenyek & Sedikit pewarna kuning
LAPISAN ATAS:**
1/3 cwn tepung beras
3 cwn santan
4 tbs tepung jagung
1 tsp garam
Cara-cara
Untuk Lapisan bawah (pisang) . Gaul santan dan gula, masukkan tepung2 dan kacu rata, masukkan pisang. Letak sedikit miyak ke atas dasar loyang. Tuang dan kukus sebentar..setelah agak masak lorekkan menggunakan garfu..baru tuang lapisan atas.
Campur semua bahan **. Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.
tuangkan atas lapisan pertama (pisang) dan kukus lagi hingga masak.
pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain, utk menghasilkan permukaan yg cantik & rata.
Biar betul2 sejuk baru potong.

Yo..yo..nak makan Talam Tokyo x yah susah2 pegi Tokyo ya... Kuih Talam Tokyo ni saja tumpang glamer (walau x glamer mana)...sekadar menambah koleksi rcp Kuih Talam as, memula pelik gak nape namanya Tokyo..ermmm..agaknya sbb ada sagu dan soon tu kot.. x pe belasah je.. yg penting sodap.. ini gambo masa pestime buat dulu.. x berapa nak elok sgt jdnya..kalau betul2 tekun lagi elok kot.. he..he.. sebenarnya talam ni atasnya tu 2 lapis.. tapi biasa la..amik gambo pakai HP nokia cokia ni..x nampak la..lapisnya..hu..hu


Talam Tokyo dari ruhie
Bahan-bahan ( loyang saiz 8x8 inci )
Lapisan bawah:
1 cawan sagu biji
1 peket kecil suhun -rendam hingga lembut
1/2 cawan kelapa parut-ambil putih sahaja
1/2 cawan santan cair
secubit garam
Lapisan atas:
4 biji telur
1 cawan gula pasir
2 1/4 cawan santan
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
sedikit pewarna hijau dan kuning
Cara-cara
sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.
untuk membuat lapisan bawah,rendam sagu biji dan tus kan.campurkan kesemua bahan dan kukus selama 10 minit.
apabila lapisan bawah sudah masak,tekan lapisan tu dengan sudu supaya mampat.sama kaedahnya dengan kuih serimuka.
untuk lapisan atas pula,campurkan kesemua bahan dan kacau rata supaya tak bergentel.tapi kalau nak lebih mudah blender aje.lebih halus...
bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu bahagian di warnakan kuning dan satu lagi di warnakan hijau.kalau nak bagi warna hijau tu cantik campurkan sedikit warna kuning.
kukus lapisan yang bewarna kuning dahulu selama 10 minit.kukus dengan api sederhana.
Bila lapisan kedua sudah masak masukkan lapisan yang bewarna hijau.sebelum tu lorekkan sikit dengan garfu supaya lapisan yang hijau tu melekat kat lapisan yang kuning
kukus hingga masak.slalunya setiap lapisan ambil masa lebih kurang 10 minit jer.Jangan lupa alas penutup kukus dengan kain bersih bagi mengelakkan air wap jatuh kat kuih.nanti tak cantik pulak kuih talam tu.tapi saya guna aluminium foil jer.boleh juga...

4 comments:

DrSam said...

kuih talam Waikato macamna pula ye :)

ain said...

rajin betul as. cantik pulak tu!!! terer betul bab2 talam ni.

Chik Mimi said...

salam As Kabare?mmg cun kue talam As tu ler

kuina said...

terliur la pulak....