Friday, October 2, 2009

Kek Kukus Velvet HawFlakes aka Kek Kukus Asam Manis

Assalamualaikum w.b.k,
Kek ni..mmng as suke sgt2.. saje buat lambat sket x silap raya ke-6 baru as sempat nak melapis. Kalau ovallete bnyk dlm stok mungkin selalu buat..tapi cuma ada seciput je..kena jimat2.. sblm ni pernah buat.. boleh jengah kat sini .. InsyaAllah kalau Wan pulang ke Malaysia suh dia hangkut bebanyak sket Ovallete tu.. Sib baik lah dulu Kak Masyitah & Kak Azie dari New Plymouth bagi ..dapat lah as merasa. rindunya dengan kawan2 di New Plymouth.. Masih lagi dengan rcp kakak kesayangan di MyR..mana ntah dia lama x muncul.. Kak Fida!! winduuu!!!

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
Bahan-bahan ( loyang 10x7 )
5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)
Cara-cara
Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
Inilah hawflakes yang sebesar syiling 50 sen...


3 comments:

ain said...

rajinnya as!!! kalau akak agaknya, tak larat tang melapis tu!!!

geraugebang said...

cantik menawan memang debom keknya.

blogresipi said...

Cantik sungguh kek itus... geram nak tolong ngap je...