Wednesday, October 7, 2009

Puding Roti Marble

Assalamualaikum w.b.k

Puding ni dah ramai yang mencuba..tapi sbb time winter aritu mcm x lalu je nak makan yg sojuk2.. jd as simpan le dalam tempayan kejap rcp best dari ina ni.. bila dah tetime spring cenggini baru lalu nak memuding2.. sebenonya ni desert bebuka posa ramadhan yg lalu..kira menu dah basi ler..tapi sedap wooo... rcp best dari ina jepun tu.. sekarang masih berpantang selepas melahirkan putera ke3 yg cumel iteww.. bnyk2 rehat ya ina.. lps ni post bnyk2 rcp best2..ish namanya berpantang si ina tuh..tapi laki bini tetap rajin ke dapo..mesti lah rajin kalau idak nak makan hape ya dak?? ok..x moh merapu bnyk2.. layan je puding roti ku yg x berapa nak menjadik marblenya nih.. as x de agar2 serbuk guna agar2 strip je.. minta halal C&P di sini ya.. ambik dari sini .. sangat amatur dalam marble2 ni.. x po la..janji sodapp!! (nak sedapkan ati sendiri) ;P


PUDING ROTI MARBLE
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

5 comments:

ain said...

sedap kann!! akak pun baru lps buat gak!!!

sunkist said...

salam kak as.. susahnya nk masuk sini... refresh 4-5 kali pun masih tak leh.. dh dapat masuk ni kena tinggalkan jejak ler.. heheh.. ida belum pernah buat lagi puding roti marble ni.. takut poning nk memarble tu heheh.. tapi nk try jugak la untuk projek pot luck kt universiti esok.. thanks kak as kasik idea.. lap u! muahhh

Anonymous said...

Kite pon dah lame memendam rasa tgk puding roti marble nie.. tp asik tak blh nak buat pasal takde agar2 tue... terliur kite tawww!

Lady of Leisure said...

cantik puding ni.. dulu lady buat tapi tak letak roti.. lepas ni boleh try resepi ni pulak... thanks for sharing ..
btw, salam perkenalan..
:)

Anonymous said...

Ini sangat tempting! =)