Thursday, April 22, 2010

Paratha Egg Roll

Assalamualaikum w.b.k,
Roti ni ala2 mcm roti tampal gitu la..tapi digulung2 plk..mengikut rcp asal yg as dpt dari blog adikku hana kat jepang tu, guna pratha kawanku atau sbgnya. Tiba2 virus M telah menyerang.. tu yg malas nak wat paratha homemade, nak bli frozen jauh la pulok nak pi Hamilton tuh..
Kebetulan ada lak roti 5 kpg, x tau nak kata roti apa nak kata tortilla x juga, En.Suami bawa balik dari surau 4 hari lalu, jemaah dari Auckland sedekah pd kami sekeluarga, boleh lupa plk nak makan..sebelum sebarang kejadian yg x diingini berlaku..hehe baik buat sesuatu..maka dgn ini terjadi lah..tada...Paratha Egg Roll..Rcp c&p dari blog hana.. Rindu tul kat adik sorg ni.. Paratha ni sedap gak layan ngan kuah kari ke, sardin ke atau ikut selera masin2 ya..
posing baring..

 Posing berdiri
 Paratha Egg Roll

Bahan-bahan
  • 5 keping frozen plain paratha - jenama kawan@lain
  • 5 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit daun bawang - hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha
  • beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)
Cara-Cara
  1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
  3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
  4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
  5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam.

1 comment:

Watierman, rmanbkr said...

Terhidu-hidu makanan sedap...huhuhu!