Thursday, April 22, 2010

Pulut Gulung Serunding

Assalamualaikum w.b.k,

Kebiasaannya suka makan pulut panggang atau makan dgn inti kelapa yg manis. Kali ni teringin lak digulung2kan plk..Ni kerja org yg kurang kerja ya..akekekk.. Sapa nak makan Sushi kampung meh kita layannn...

Tetiba anak tekak ni gatal lak nak makan serunding ikan, hehe guna ikan dlm tin jer..

Serunding Ikan

Bahan-bahan ( 1 family)

  • 1/2kg ikan-rebus n blend/tumbuk isinya(as guna makeral dlm tin)
  • 1 1/2 cawan pati santan
  • bahan2 kisar:-
  • 15 cili kering
  • 2 in halia
  • 2 batang serai
  • 15 biji cili merah(as guna 2sdb serbuk cili)
  • 2 ulas bawang putih
  • # 2 asam keping
  • # 2 sudu teh garam
  • # 2 sudu teh gula

Cara-cara

  1. tumis bahan mesin. masukkan santan, asam, isi ikan dan lain2.
  2. masak atas api sederhana hingga kering.
Ratakan pulut ..mcm wat sushi tu..tapi alas dulu ngan plastik ya..karang melekat2 lak

letak serunding yg disukai, x kisah serunding daging ke apa2..ikut selera memasing
Kalau terlebih suka, letak telur..hehehe

Pastu gulung mcm wat sushi tu..jd la shushi kg ni.. :D


Rcp spt dibawah ya.. sbb rcp sendiri x yah la minta ijin ya..cuma sbb malas nak type, as copy from Myresipi
Pulut Kuning Express

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
  • 1 sdt garam
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sdb minyak masak
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
  2. Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
  3. Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
  4. Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..
  5. Selamat mencuba! ^_* 

10 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

wallaaaaaaaaa... mau tak tidur mlm slagi tak dpt mkn pulut cenggini..

Watierman, rmanbkr said...

Salam As...senyap2 sekali keluar pulut kuning...ada celebration apa2 ke tu.....Akak tak berapa gemar dengan pulut tapi kalau pekena dengan kari daging ke sedap jugak kan!...kraetif sungguh menggulung gitu...nak letak serunding tu yang tak ada tu!Pulut dah ada!
As dengan anak2 sihat ke??

izahdaut said...

salam kak maz..kreatif nye..kemas je pulut tu kak.. menggoda sungguh. ni kalau ngap ni lagi la..nangisss

~ f i d ~ said...

Creative nya..buat time2 raya sesuai ni..senang nak hidang, senang org nak makan..

syok tgk org banyak masa ni..sy ni, nak makan yg wajib pun semput nak memasak..jealous betul!

Sueozana said...

Slmlkm As, ptama kalimasuk dapur As trus bkenan kat Sushi pulut kuning tuu..kreatif sgguh! Simple n cpat utk dimakan, x yah nak bazir byk2 pinggan mghidang kan?

~*as*~ said...

as to Sari Yusa Ibrahim
wallaaaaa, jgn la sampai x tidur malam Sari ,.. pulut kuning biasa je tu cuma wat style gulung..

~*as*~ said...

Salam Izah,
La.. jgn sampai nangis pulok...
hehehe..selamat mencuba ya :)
Tq sudi singgah ke teratak kak as ni..peaceeee...

~*as*~ said...

as to fid
Fid, alahai..sian kat Fid. Kalau dekat leh akak bg rasa. Kalau free2 mai la TeAroha lagi k..

~*as*~ said...

as to Sueozana,
Wsalam Sue, memang simple je..
Terima kasih sudi singgah dan selamat mencuba.

~*as*~ said...

as ti watierman
salam kak wati, alhamdulillah semua sihat kak, rakyat kat umah ni, x kisah makan apa kak, semua layan.. hehe