Wednesday, April 14, 2010

Seri Kaya Karemel

Assalamualaikum w.b.k,

Lama la sudah nak wat Kaya nih..cuti2 sek ni, koje lapo je anak2 ni kan, alhamdulillah anak2 as makan x cerewet sgt, kalau Ibu dia kena Virus M, sapu aje le kaya ni kat roti..keh3.. Suka dgn rcp ni, simple dan sedap. as ada kurangkan sket sukatan gula, alhamdulillah rasanya ngam la.. tenkiu ya CMG sbb kongsikan rcp di MyR nun..


Sapu2..tepek2 kat roti benggali homade ku..adeh ternifis la plk.. layan...

Seri Kaya Karemel
Resipi dari CMG
Sumber dari Myresipi

Bahan-bahan ( Menghasilkan kurang lebih 2 cawan )

  • 3 biji telur Gred A
  • 300 ml pati santan (guna santan kotak pun ok)-as guna 1 tin santan pekat  400ml
  • 240 g gula pasir (as guna 200gm gula)
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • UNTUK KAREMEL:-
  • 60 g gula pasir
  • 125 ml air panas 
  • (as tambah 1sdb tepung custard & 1sdk tepung gandum)

Cara-cara

  1. Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas, kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
  2. Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selau. Bila guna menjadi perang, perlahan2 masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.
  3. Kacau adunan no 1, dgn wisk dan masukkan karemel tadi sambil terus mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan wisk sehingga adunan menjadi pekat. Berhati2 kerana adunan yg pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas botol.

Apam Mentega again

Assalamualaikum w.b.k,
Kembali bersiaran lagi, update2 lagi..arini  rcp yg as update,berkaitan ngan gula hangus (karemel) jd, jgn muak ya..ehehehee... Apam mentega ni, kira lebih kurang apam gula hangus la yer. Tapi mmng sgt suka buat apam ni, sbb sgt gebus dan senang ckp best la.. layan rcp dibawah ya..  acuan kuih lompang x de , main belasah guna jelly mould jer.. janji sodap.. terima kasih buat kakfiza yg sudi kongsikan rcp apamnya yg sedap ni..

Apam Mentega
Resipi dari Kak Fiza
Sumber dari MyResipi

Bahan-bahan ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  6. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  7. selamat mencuba.......

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum w.b.k,
Kek Gula Hangus ni wat minum2 petang dan yg sewaktu dengannya..orang lain wat cantekkk je sarangnya, as buat x tahu la jd sarang ape..apa2 pun yg penting anak2 suka dan depa dah dok perabis pun.. resipi ni mmng best dan x pernah mengecewakan.. agaknya kehendak rcp kata kena perap 3-4 jam tapi as ni 1 jam lebih dah masukkan dlm oben tu..jd la cenggini ropenya.. rcp spt dibawah..

Kek Gula Hangus
Resipi dari Widad
Sumber : MyResipi
Bahan-bahan ( 6 orang )
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"


Monday, April 12, 2010

Belated Birthday Cake (Black Forest Cake)

Assalamualaikum w.b.k,
Kengkonon ni kek besday tuan tanah la ya..dah lepas pon..1st April aritu..terima kasih diatas ucapan dan doa dari semua ya..x kira di blog, di FB dan kiriman SMS.. Atas permintaan seseorg As kongsikan juga lah ya rcpnya disini..Sebenarnya malu sebab as x pandai deco kek ni. Maklum lah as ni x seni dan tidak pernah hadiri kelas membuat deco kek.. Tapi atas permintaan anak2 nak makan Black Forest Cake ni, As gagahi juga nak mencuba walau pun comot2 gitu.. hehe.. Kalau ada bakery yg halal di TeAroha ni dah as beli je kot..Nak gak ucap terima kasih buat Kak Intan atas kiriman Bunga Ros yg pink itu..suka sgt kak..tq ya atas ingatan dari akak tu.

 







Black Forest Cake
Bahan-bahan ( Saiz 9" )

* 120 gm gula kastor
* 100 gm tepung gandum (akak guna tepung naik sendiri)
* 20 gm serbuk koko
* 4 biji telur
* 10 gm ovalette
* 20 gm air (akak guna air sejuk)
* 1 sk esen vanila
* 20 ml minyak jagung (canola pun ok)
* Untuk hiasan : As ikut cita rasa sendiri je..sbb x nak creamnya muak.. 300ml fresh cream +1/2cwn icing sugar pukul hingga gebu..letak sket butter & shortening, dan 150 cream cheese. Blueberry jem dan blueberry in syrup. Hias ikut suka..atas tu as deco ngan cooking choc,choc rice ,choc ganache dan hias dgn blueberry. (hehe..agak2 leh paham ke?)

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
2. Perlahankan putaran, masukkan minyak.
3. Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
4. Sejukan kek, potong 3 lapisan. Sapu krim dan letakkan beri.
5. Naikkan kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim. Saya memang sapu sedikit.
6. Hiaslah mengikut citarasa kita.

Kuih Puteri Ayu

Assalamualaikum w.b.k,
Lama x update koleksi resipi as ni.. Kuih Puteri Ayu ni, wat minum ptg smlm. Sejak2 ada stok ovallete dan acuan ni, alhamdulillah dapat la merasa kalau idok, terkonang2 je lah.. sblm ni pernah jugak buat tapi guna acuan jelly je..main belasah je la..asal dpt merasa.. kalau nak tgk camner ropenya blh tgk kat sini ..hehe.. Rcp yg best spt dibawah..terima kasih buat rossitamz sudi kongsikan rcp dari temannya dan as copy rcp di MyR

Kuih Puteri Ayu

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)- as guna kelapa kering dan letak sedikit santan dan garam..panaskan dimicrowave dan gaul dgn sedikit tepung ubi (sbb x ada kelapa parut)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Friday, March 12, 2010

Kuah Kacang Berlauk

Kuah Kacang berlauk ni, penyediaannya ringkas. Sesuai dimakan dgn nasi impit, lontong & the gang. Sebelum ni as guna ayam, tapi sedap juga jika diganti dengan daging. Satu kelainan dalam rcp kuah kacang. Rcp dari Honey liena dari MYR dan as ada ubah suai ikut citarasa sendiri.. Sekiranya tidak menggunakan daging boleh juga gunakan Ayam yg dipotong kecil. Masukkan asam keping terlebih dahulu supaya ayam tidak hancur.


Bahan-bahan ( 6-7 orang )

  • bungkus Nasi Impit Nona/Adabi (as buat nasi impit je)
  • 1 Paket kacang Tanah 
  • 1/2 mangkuk daging yang telah dipotong dadu(boleh juga guna ayam jika suka)
  • 5 ulas Bawang Merah*
  • 2 ulas Bawang Putih *
  • 2 S/b Cili Giling* ( ikut suka nak pedas tambah sukatan dia yer)
  • 1 keping Gula kabung / Gula Nisan
  • 1 inci Belacan*
  • 1 btg Serai- dititik(as guna 2 btg 1 dititik dan 1 dikisar)
  • 1 inci halia*
  • 1/2 cawan minyak masak untuk menumis
  • Garam (secukup rasa)
  • 1/2 cawan air Asam jawa(as guna asam keping)
  • 2 s/b udang kering- direndam *
  • (Bahan2 yang bertanda * hendaklah di kisar sekali untuk dijadikan pes)
  • as tambah 1 cawan fresh milk

Cara-cara

  1. Rebus nasi impit sehingga beras menjadi masak dan empuk & pejal, kemudian tapis dan masukkan dalam penapis.
  2. Panaskan kuali dengan minyak, dan masukkan bhn2 kisar tadi kedalam kuali dan tumis bahan2 tadi sehingga wangi dan terbit minyak...kemudian masukkan hirisan daging tadi,masukkan air sedikit dan masak daging sehingga empuk. Kemudian masukkan serai yg telah dititik tadi, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk sedikit kasar , kemudian gaulkan sehingga sebati.. tumis bahan2 tadi sehingga betul2 sebati dan terbit minyak. Last sekali bolehlah di masukkan bahan perasa secukupnya.. rasa manis, masin,masamnya... kalau ok kira korang dah paslah tu...hehe...
  4. CADANGAN HIDANGAN: Bolehlah dihidangakn bersama2 dgn nasi impit yang telah dipotong cube..curahkan kuah kacang berlauk tadi keatasnya...

Nasi Dagang Trengganu

Assalamualaikum, selamat pagi jumaat buat semua. Dah ler idup berdagang makan nasi dagang..memang kena bebeno ler. Hehe.. setakat ni blm jumpa ikan tongkol kat NZ ni, so nak ringkas kali ni as guna ikan makeral dlm tin je.. rcp asal dari Minami from MYR.. Thanks minami atas rcpnya.. akan ada siaran ulangan selepas ini..



Nasi Dagang

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* **NASI**
*  4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
* 1/2 tin santan
* garam dan gula
* 1 sudu besar halba
* bawang dan halia (hiris halus2)
*  air
* **GULAI IKAN TONGKOL**
* 1 tin santan
* 1 biji bawang besar , 3 ulas bawang putih ,2 cm halia , 4 cm lengkuas } di'blend'
* 15-20 tangkai cili kering
*  2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros (as guna rempah kari ikan)
*  6 keping asam keping
*  garam dan secubit ajinomoto
*  gula
*  5-6 biji cili padi
*  1 ekor ikan tongkol (as guna makeral dlm tin)
*  1 cm belacan
* **ACAR**
*  2 batang timun
* 1 batang lobak merah
* 1/2 biji bawang besar
*  1 biji lada besar
* cuka, garam, gula

Cara-cara

1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.
2.
Kuah
GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
3. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

Wednesday, March 10, 2010

Vietnamese Roll

Assalamualaikum, sekali lagi bersiaran .. bukan kemaruk ya, hehe  Menu ni sgt2 sesuai bg yg nak diet tu, yg x nak diet pun boleh juga..hehe.. dah bnyk kali gak buat. Tapi x pernah ikut rcp sebenar, main hantam saja letak apa yg as suka.. Kali ni as letak telur dadar gantikan udang. Sbb udang dan pinish.. layan gak la.. simple dan sedap..resipi asal dari Skyblue from  tapi mcm biasa la, as ada ubah sket2 ikut kesesuaian dah bahan yg ada.. yg x ada x yah penin2 nak cari..


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 12 helai daun salad
  • 1 lobak merak, diparut
  • 1 timun, dipotong memanjang
  • 8 ekor udang, direbus dan buangkan kulit(as guna te;ur dadar)
  • Sedikit Taugeh
  • Daun sup atau daun mint ikut selera masing2
  • 12 helai Rice Paper
  • Sos: Saya makan dgn sos untuk Thai Mango Salad. (as guna sweet chili thai sauce)

Cara-cara

  1. goreng dahulu telur dadar ( 4 biji telur dikocok + sedikit garam dan lada sulah @ lada hitam) setelah digoreng biarkan sejuk. Gulung dah hiris halus.
  2. Rendam 1 helai rice paper dalam air suam seperti dinyatakan kat pkt.
  3. Letak rice paper tadi di atas pinggan, susun bahan2 diatasnya dan balut macam popiah.
  4. Potong dua jika suka, dihidangkan segera atau simpan dlm bekas. 

Kembali bersiaran.. Cop Jempol..

Assalamualaikum semua, kembali bersiaran.. mcm sekut cip mor lak kejap ade kejap x de.. mcm tu la ngan mood as skrg ni, kejap ada kejap x de.. ape2 pun sgt la rindu kat smua.. maaf la lama x jln2 cari makanan kat blog kwn2, dan lama sudah x jalan2 bertanya kabar ya.. ni mood dah ok sket, sbb "beruk"band dah x tenggek kat tenet ni.. cik abe dah up2 sket GB kat si berukband tu.. hehe.. manyak cerita plk yer.. yg bertanya2 kabar tu, alhamdulillah kami sekeluarga sihat..terima kasih bnyk2 sudi ziarah kat teratak yg x sepertinya ini..
 
nak habaq mai la kan, as dah ada cop jempol sendiri tau.. hehe.. ni hasil sentuhan dari adik Jiya aka 14sept aka pengembala kamben yg berjaya tu.. rasanya smua org dah tau.. dah ramai yg pueh ati yg amat ngan hasil kerja nya tu..jd mulai hari ni, as akan gunakan la cop jempol ni.. Jika berminat jgn la segan2 nak click2


Cak!! santek x? berani ckp x santek karang kena sekeh & lastik ngan dik Jiya.. oohooo.. takoott..dia lastik kat montot tau.. tapi Jiya idok le, garang sgt dan taik idong dia x la masin sgt mcm pernah rase plk taik idong Jiya.... harga x cekik darah ya.. ape2 pon akak nak ucap tima kasih bebanyak ya Jiya..pueh ati dan mintak maaf bebnyk ya sbb saje je..lambat wat en3..