Thursday, January 15, 2009

Laksam


(Resipi dari yani MyResipi)

Bahan-bahan nye:
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

::bahan kuah::
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh

(as guna makeral in oil dlm tin tu..)
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula

:: Bahan ulam ::
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotAlign Leftong halus)
::cili::
cili merah
belacan
garam
limau

Cara-cara nye:
Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis..
Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau
:: Selamat Mencuba::

Chef

Tuesday, January 13, 2009

Kek Kukus Velvet Haw Flakes

Assalamualaikum w.b.k
1st time buat Kek Lapis. Alhamdulillah menjadi, lama dah pendam hasrat nak mencuba rcp Kek Kukus Kak Fida ni.. Alhamdulillah ni lah hasilnya, walaupun x cantik tapi rasanya memang tak mengecewakan.
:: Kek Kukus Velvet Haw Flakes ::
Bahan2nye:
5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus
220 g tepung gandum*
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes
Cara-caranye lak:

- Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
- Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
- Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
- Loyang dialas kertas dan sapu minyak.
- Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
-Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
-Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
-Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

:: Selamat Mencuba ::

Perfecto

Monday, January 12, 2009

Zarul dalam kenangan..

Assalamualaikum w.b.k

Tidak disangka-sangka hanya kenal En.Abunyer sebagai teman siber di alam maya (teman blogger)...rupa2nya En.Abunyer adalah abang kepada orang yang As kenali (Zarul).. Ermm..itupun di sebabkan En.Abunyer compare gambar2 kepunyaan adiknya Zarul dengan gambar2 yg ada didalam blog As ni.. As editkan kembali foto2 yg En.Abunyer paparkan didalam blognya tu.. http://abunyer.blogspot.com

Kami sekeluarga memang tak boleh lupa.. 1 hari suami pulang dari masjid dan beritahu kami ada org dari Msia datang nak apply keja.. nanti boleh la kenal2.. satu hari selepas solat Maghrib suami As bawa Zarul datang kerumah bersama 1 lagi family dari Msia (Dr.Shakir, Fathean & anak2) Dr.Shakir bertugas di salah sebuah Hospital di Hawera dalam tempoh 3 bulan..kebetulan haritu As masak Nasi Ayam.. apalah salahnya kalau di undang tetamu2 Allah itu.. itulah titik mula perkenalan As dengan beliau..Bukan main berselera Zarul makan.. sampai Zarul teringatkan keluarganya di Malaysia.. As menahan sebak saja.. bukan apa.. beginilah keadaan kami diperantauan.. semua kami anggap sebagai family..

Yg ditengah2 (dlm gambar) adalah Pak Cik Azmi.. beliau adalah orang yg paling banyak membantu Zarul..

As tidak mendapat kabar berita tentang Zarul setelah beliau pulang ke Malaysia dan As beranggapan mungkin Zarul sibuk dengan restoran abangnya di Langkawi hingga pada suatu hari En.Abunyer menyapa As di blog.. he..he.. x sangka ya..

As & Family berharap Zarul berjaya dalam mengejar apa yg dicita-citakan dan suksess.. Terimakasih buat En.Abunyer kerana sudi menyapa As diblog..Semoga Ukhwah yg terbina berkekalan..

Friday, January 9, 2009

Syukuri Nikmat Allah..

Assalamualaikum w.b.k

Ermm.. serba x kena dibuatnya 2,3 harini.. camni ropenya sakit gigi.. biasa klu kwn2 ngadu sakit.. amik peranan nak tenangkan kawan dan sarankan pelbagai petua.. bila sendiri dah rasa.. ha... amik ko as.. memang x tertanggung sakitnya.. x gi jumpa dentist ke?? dah.. semua kena buat appointment?? Adeh!! bole tunggu sampai next week ke?? dah bengkak nih...kepala pun dah wenggg!!

Tirai 2009 as lalui dengan pelbagai ujian & dugaan.. Yg sakit lain.. yg lain2.. tuan punya diri je yg tau.. batuk x hilang lagi.. sakit gigi plk dtg.. rasa nak hangiiinnnn je 1 badan.. Mr.Hby plk suka nyakat.. biasa dpt jelingan manja ni jeling dah x manja dah..kdg sampai x pandang muka dia.. untung tu x kena marah.. nak marah nak wat ape.. bukan salah dia.. sib baik anak2 faham Ibu dia sakit..

Apa yang mampu as lakukan??? istighfar je banyak2.. Mr.Hby slalu kata..pain managementnya... kalau sejuk jgn ingat sejuk..(kat NZ ni kan sejuk.. asyik ngadu sejuk je la..) kalau sakit jangan ingat sakit.. tapi.. sakit dtg jugak??? camner??? ni lah manusia baru diduga & ditarik sedikit nikmat.. dah merungut..

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Q.s. an-Nahl: 18)

Memang betul..nikmat allah tidak terhitung hargai & bersyukurlah segala nikmat yang allah kurniakan kepada kita... jgn sesekali alpa.. .

Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal

Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara

:: Sihat sebelum sakit

:: Muda sebelum tua

:: Kaya sebelum miskin

:: Lapang sebelum sempit

:: Hidup sebelum mati

Wednesday, January 7, 2009

10 Muharram..Hari Asyura

MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

::Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
::Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
::Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
::Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun...
Wallahu A'lam..." Ballighu anni walau ayah ", maksudnya: sampaikanlah kepadaku walau satu ayat...(sayyidina Ali r.a). Sebarkan...
Dan... yg x boleh lupa.. tiap kali sambut hari asyura ..mesti ada ini!!..

Monday, January 5, 2009

Tentang kawan..sahabat

Assalamualaikum w.b.k

Kawan .. sahabat... ape beza?? dari segi ejaan aje dah berbeza apa lagi peranannya.. KAWAN kalau tukarkan huruf K..kpd L..dalm satu masa pun boleh jadi lain ..tapi kdg2 kawan boleh menjadi sahabat tanpa disedari.. masa sekolah dulu as pernah dengar luahan hati seorang rakan sekelas..kawan lebih baik dari keluarga sendiri... emmm... masing2 dengan pengalaman hidup masing2..

Sahabat plk.. susahnya nak jumpa?? kalau bagi kertas utk disenaraikan nama kawan2.. pasti x cukup kertas tapi kalau sahabat?? bagi 1 kertas pun x abis tulis lagi...

hurmm...kenapa As tetiba buat entri pasal kawan & sahabat ni?? selalu selit2 pasal menu.. dah x masak ke??? eh..masak..hari2 masak.. sebenarnya bukan ape..

baru je lepas dengar lagu hijjaz… bagusnya lagu2 nasyid ni kalau dengar & hayati maksudnya memang rasa terkesan.. emm.. as ni memang admire betul ngan vokal Brother Munif Ahmad tu.. Satu2nya anugerah Allah buat beliau dan vokalis2 nasyid yang lainnya..

"Dunia Sepi" liriknya ada menyebut seperti ini..

"alangkah susah mencari kawan, bukan kenalan di zaman ini.. bermula dari hati yg rosak.. kerana dunia memautnya"
"alangkah susah mencari kawan kebaikan kita disoroknya, bahkan didengkinya pula, kejahatan dicanang merata, salah yang sikit dibesarkan, yang besar apatah lagi, alangkah sepi dunia ini, walaupun hidup ditengah ramai"… menarik kan?…

memanglah menarik sebab itulah realiti yang berlaku… betul jugak apa yang tersebut di dalam lirik tu…
kadang2 kita ni mengaku sebagai seorang sahabat…maksud as bukanlah sahabat yang rapat tetapi sahabat yang biasa… tapi di waktu lain kita menikam sahabat kita tu di belakang… astagfirullahalazim... jauhkan lah..rasanya sekarang ni yang menyerang dari depan pon ade… cuma ianya berbentuk ‘transparent’… ini dah tak boleh nak disebut sahabat lagi…tak tau la nak dipanggil apa lagi… tak perlulah kita nak mencari kesalahan orang lain… yang penting adakah kita ini benar2 adalah sahabat yang baik?… dan jika pun kita mengetahui keburukan seseorang alangkah baiknya jika ia disembunyikan dari pengetahuan yang lain… dan jika kita benar2 seorang sahabat yang baik, kita perlulah melayan sahabat kita itu seperti saudara kita sendiri… jika dia ditimpa kesusahan, ringankan lah bebannya..jika dia perlukan bantuan maka bantulah semampunya jika dia bersedih, maka dengarlah keluhan hatinya…
tahun baru azam baru jangan biarkan perasaan ego menguasai akal&diri kita…

Betul lah pepatah ada mengatakan buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali..kdg2 bukan ape.. buat baik pun salah.. keikhlasan kita disalah anggap.. ketulusan disalah guna... tapi alhamdulillah x lah semua manusia begini.. hanya segilintir sahaja.. TAPI Sifu pesan.. yg segelintir tu yg harus waspada .. sekadar muhasabah diri.. sesungguhnya kita sebagai manusia ni x sempurna.. x mampu nak memuaskan hati setiap orang..

sekian wassalam… wallahuaalam..

:: as selitkan komen sRi SuFi dlm entri ini..terimakasih sRi kerana sudi jadi teman muhasabah diri.. suka dengan komen2 sRi..

salam akak...sri memang sgt suka bicara soal ni...seringkali kita terleka dan terlalai untuk menjaga kata-kata kita. Tanpa kita sedar, umpatan, ejekan dan gurauan yang melampau menjadi penghias mulut kita. Akhirnya, tanpa kita sedar jua, ada hati-hati yang tersinggung dek kata-kata yang berlebihan ini. Maka akan adalah penyakit-penyakit hati yang bakal menyinggah seperti hasad, prasangka buruk dan lain2 lagi. Sesungguhnya, setiap dari kita ini punyai kelemahan dan kelebihan sendiri. Begitu jua sahabat-sahabat kita. Suluhlah peribadi sendiri. Dan sesungguhnya dengan kehadiran temanlah kita akan menjadi satu gagasan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Maka, ringankanlah ungkapan maaf di hujung pertemuan kita dengan sabahat-sahabat kita. Moga, ukhuwah ini terus terpelihara dalam rahmatNya.

Sunday, January 4, 2009

Menu hari minggu

Assalamualaikum w.b.k
Diharap hari ini lebih baik dari semalam..tekak ni rasa tak sedap je..perut kata ya tekak pulak kata tidak..ermmm...mengalahkan penyakit kena buatan orang!!.. he..he.. hari2 minggu ni..rasa mcm nak bermalas2an pulak..tapi jadi ibu ni boleh ke gitu?? sebelum anak2 ngan suami ngadu kelaparan baik mulakan langkah rutin harian...Jemput makan semua!!

:: menu b'fast hari ini..
Roti canai & murtabak


::Menu lunch..

Ikan 3 rase

Seafood Tom Yam

Friday, January 2, 2009

Kad Ucapan Tahun Baru

Assalamualaikum w.b.k
Selamat Menyambut Tahun Baru 2009..buat Semua teman2 & pengunjung blog NurKasih...

Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah s.w.t.. melangkah kita ke Tahun Baru 2009...Ape Azam di Tahun Baru? Sinonim betul soalan ni ya..emm.. Di kesempatan ini As sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kiriman2 ucapan & doa menerusi blog,email & SMS..sempena Menyambut Tahun Baru 2009.. Semoga tirai 2009 menjadi titik permulaan untuk merealisasikan segala azam yg diimpikan..

Kad Ucapan pertama dari Sri SuFi..Terima kasih Sri.. InsyaAllah..semoga tertunai segala azam Kak As pada tahun ini..



Tuesday, December 30, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Semoga iman & amal kita lebih baik dari tahun yang sebelumnya..

Salam Maal hijrah dari kami..

As & Wan


MAAL HIJRAH
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat
Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman