Tuesday, June 2, 2009

Happy Anniversary!!!

Assalamualaikum w.b.k,
1 June.. 13 tahun usia perkahwinan kami, 13 tahun dengan 4 orang cahayamata..Puteri kesemuanya..alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana as dikurniakan seorang suami yg penyayang dan penyabar juga anak2 yg sentiasa memberi keceriaan dan kebahagiaan buat kami berdua.Semoga jodoh kami kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat, mendapat mendapat limpah kurnia keberkatan didunia dan diakhirat..juga tabah menghadapi segala dugaan..AMIN!!
Arini nak jiwang2 sket..kalau ada yg meluat tutup mata eh.. he..he..

Kasihmu Amanahku
Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Happy Anniversary



Weeding foto 13 tahun lalu.. layannnn.....:)


Yeeyeahhh!! dapat adiah munge!! Terima kasih buat Kak Ham dan Kak Intan, atas ingatan.. as angkut bunga2 segar dari forum MyR..happy sgt2.. sayang akak berduaaaa...

Valentine kiss

Kak Ham & baby attiah.. cunnya!! Kak Ham.. selalu temani as di YM.. kami sekeluarga suke lawak dia.. bila gaknya dpt jumpa Kak Ham!!


Ini plk Kak Intan & jejaka2 tampan.. heroessss semuanya!.. Segak2 belaka..Terima kasih buat Kak Intan atas ucapan & kiriman bunga..happy sgt! Sayang akak.. Kak Intan rajin menyapa as di Forum..lama x kesana.. tetiba dtg amik munga..


Sape tu...cunnya...manisnya!!..ni la leyza.. maniskan orgnya..terima kasih atas kiriman rose tu..santekkk...suke... susah2 je..leyza kirim munga rose tu dari JB..he..he..moga kasih & kebahagiaan kami semakin mekar dan sesegar bak rose yg dikirimkannya itu.. terima kasih ya leyza.. as minta ijin post foto leyza disini dan ampooonnn!! dah edit2 sket tu..minta halal.. psstt!! leyza duk Kulai ya.. InsyaAllah, panjang umo kita jumpa ya..


He..he..ni lak adiah dari MyLaling.. 2 helai Pashmina..dan sebuah keta.. syukran jazilan..dah x jalan kaki ulang alik..ulang alik..(he..he.. 2kali je ke ulang alik..x la..4 kali tawww!!) kalau x..as & anak2 jalan pagi2 dalam kesejukan dan jauh plk tu..skrg, alhamdulillah senang nak amik dan antar anak2.. syukur atas segala rezeki dan nikmat yg Allah berikan..sebenarnya hadiah bukan 1 ukuran tapi kerperihatinan, kasih sayang dan tanggungjawab tu yg paling penting..


Friday, May 29, 2009

Tauhu Sumbat, Rojak Tauhu & Bun Coklat rcp dari Jepun

Assalamualaikumw.b.k,
Selamat Pagi Jumaat yg ceria dan penuh keberkatan.. ni menu smlm sebenonya.. lama dah nak makan rojak tauhu & tauhu sumbat.. selalu makan ngan kuah kacang..tetiba dak hana, makyung dari Kanazawa Jepun tu post lak resipi ni kat sini.. ape lagik..x kira la tauhu tu mahai.. beli la jugak dah teringin punya pasal..kalau kat msia singgit dah dapat bnyk keping.. ni 2 keping je dah NZD 5.. he..he.. nak wat camner kan.. nanti la belajo2 wat tahu sendirikk.. ntah ape la rasanya kalau as buat sendiri.. Mekasih ya Ina.. sedap sgt..kena sgt ngan tekak kami yg kuat pedas ni..tapi akak x celur togey tu..anak2 suke yg fresh2..derang ni antu sayo..kerpas kerpus gitusss!! akak copy paste ya rcpnya kat sini..sayang Ina! muahhh!!! tapi suke2 akak ejas2 sket.. letak belacan sket.. dan utk kuah rojak tu pun sama akak tambah petis sket.. as potong kecil2 tauhu tu dan goreng garing2..teringat plk tahu bakar kat JB tu.. hu..hu..

beberapa keping tauhu
timun - potong halus cam btg mancis
carrot - potong halus n celur
taugeh - celur
UNTUK SAMBAL
1 mangkuk kecil cili padi - ikut tahap kepedasan masing2 la yer!
2-3 ulas bawang putih
2 sudu makan gula
1 cawan kicap manis Jalen@kicap apa2 la (as guna kipas udang-lps makan kita bekipas!!)
kacang tanah tumbuk
Cara-cara
Potong tauhu segitiga. goreng hingga kekuningan dan angkat.
Belah bahagian tengah. dan sumbatkan ngan timun,carrot dan juga taugeh. ketepikan.
Untuk Sambal - blend cili padi, bwg putih, gula dan juga kicap. jika perlu tmbhkan air masak sedikit
Masukkan ke dalam mangkuk. dan campurkan ngan kacang tanah. Gaul.
Curah ke atas tauhu yg siap dsumbat tadi. siap utk dmakan!


Smlm Ros aka onigiri post rcp bun lagi kat MyR..nak try la jugak.. memula x confident nak buat takut x menjadi.. tapi anak2 mmng suke bun coklat ni.. alhamdulillah..gebu sungguh dalamnya tu.. terubat rindu anak2 nak makan bun coklat gardenia cam kat msia tu..as guna nutella utk inti yg bun yg bulat tu dan whipping cream utk yg pnj2 tu...pastu tabur mcm2 atas tu..mekasih ya ros..akak copy paste rcp kat sini..minta halal.. sayang ros! muahhhh!!


Bahan-bahan ( dapat dalam 12 biji bun kecil )
200 gram tepung roti/ highprotein flour
50 gram tepung gandum
1 sudu kecil yis
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu besar susu tepung/skim milk
2 sudu besar gula
1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti
120ml susu segar atau air suam
1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional)
2 sudu besar serbuk koko
*untuk inti*
sedikit krim coklat yang sapu kt roti tu, tak kisah lah jenama ape, nuttella ke van houten ke.
Cara-cara
Kalau ade BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.
campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit.
kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat, susun atas dulang pembkar dan biarkan naik dua kali ganda.
Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campukan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing.

Thursday, May 28, 2009

Bun Pandan & Laksa Penang Perantau

Assalamualaikum w.b.k,

Ni ler bun pandan hasil campur tangan chef2 cilik kat dapo malam tadi.. he..he.. bio ler.. Nurin tukang sukat semua bahan, aisya duk buh pandan paste dan nurul dok tabur kelapa atas tu..walaupun comot, alhamdulillah sedap & gebuss sungguh bun ni.. Buat cikgu ros.. terima kasih sudi share rcp bun pandan ni ya..aritu dah buat tapi x sempat nak posing. Kak As buat inti kelapa & kaya. X boleh nak tunjukkan inti tu sebab nak buat bekal anak2 & hby esok..walau aisya buh pandan paste telebey, sib baik x menjejaskan rasa bun tu..terlebey sedap ada ler..

Bahan-bahan ( menghasilkan 16-18 biji bun )
250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 biji telur
140ml air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna hijau atau buleh juga guna pes pandan
1 sudu kecil dough softner atau bread improver
Cara-cara
masukkan semua bahan dlm bekas adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan, klu ade breadmaker pilih menu dough dan tekan On je. Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda.
selepas itu, tumbuk doh utk keluarkan angin, uli dlm dua tiga minit dan bahagi doh pada 16 bahagian. biarkan seketika lebih kurang 8 hingga 15 minit.
kemudian letakkan inti kaya pandan dan tutup doh, atur doh tadi diatas dulang pembakar dan biarkan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 40 minit .
semburkan air dipermukaan doh dgn spray dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. sejukkan atas redai dan boleh lah dimakan. Bun ni akan lembut je sentiasa.
amat sesuai dijadikan sarapan atau minum petang. Selamat mencuba.



Laksa Penang Perantau.. kalau dah ada nama perantau tu..he..he..paham2 je la ekk.. guna bahan2 ape yg ada je la.. Menu semalam.. MyLaling tengah x sedap badan..buat le laksa ni..bio ada selera sket.. Laksa ni pebret no 1..anak as yg sulung..

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
1paket laksa beras (400gm)
*Bahan kuah laksa*
1 tin makeral in oil dikisar
3-4 asam keping
1 labu bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
2 btg serai dipotong 2 dan diketuk
1 senduk cili kering yg dikisar
3 cm belacan -dikisar
segenggam daun kesum
garam secukup rasa
*Bahan ulam laksa*
4-5 biji telur rebus - dibelah dua
1 biji cili merah - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
1/2 biji nanas madu- dihiris (as guna nenas dlm tin)
1 batang timun - dihiris memanjang
1 biji lemon di potong 4
4-5 helai daun salad - dihiris

Cara-cara
*Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus hingga lembut & ditoskan
*Kuah laksa* Rebus semua bahan yg dikisar bersama air..ikut suka bnyk mana, masukkan makeral yg dikisar, asam keping,serai ..didihkan.. perasakan dengan garam dan masukkan daun kesum.Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya
.

Asam Pedas Ayam

Assalamualaikum w.b.k

Lauk kegemaran kami sekeluarga..dari last week lagi Cik Abg dah sebut2 ..bila nak masak lauk ni..Cik Adik..sibuk ngan menu2 yg lain je..tetiba tergerak lak nak buat.. kalau yang namanya Nurin Nazifa tu, makan x hengat dunia..pebret dia betul asam2 pedas nih! jeruk sawi tu buat dia bertambah selera.. kebetulan rcp as pun sama ngan rcp CMG yg as skodeng kat sini.. so as copy paste je kat sini..






Bahan-bahan ( 5 orang )
600 g ayam
5 kelopak sawi jeruk
1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air. ramas dan tapis jusnya
700 ml air (atau lebih mengikut keperluan)
1 cawan cili kisar
BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 camca teh lada hitam biji (kalau tak nak, tak payah letak)
1/2 inci belacan
3 biji buah keras
BAHAN2 LAIN:-
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Ayam dikerat mengikut suka, perap dgn asam jawa dan garam 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
Cuci sawi jeruk dibawah air mengalir. perah sedikit dan potong sederhana besar. Ketepikan.
Panaskan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan kacau goreng dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Masukkan ayam tadi dan gaul hingga mesra dgn rempah, biar ayam kecut dgn rempah selama 5 minit.
Tuang air (700ml) dan masukkan sawi jeruk tadi. Biarkan mendidih. Masukkan jus asam jawa dan perasankan dgn garam dan sedikit gula. (Mengikut citarasa masing2, yang penting mesti ada rasa. masam, pedas dan sedikit manis). Biar mendidih perlahan hingga ayam masak. Boleh dihidangkan bersama nasi panas
.

Tuesday, May 26, 2009

Madeleines, Nagasari & Tepung Bungkus

Assalamualaikum w.b.k,
Pagi ni jenjalan jap kat pekan TeAroha ni..lain yg dicari lain lak yg terjumpa. Jumpa plk acuan Madeleines ni.. sambo le satu..Kebetulan Cikgu Ros ada post rcp baru.. Ingat nak ke Hamilton weekend ni mana tahu bole jumpa acuan kuih ni, tak sangka lak ada jual kat pekan kecik ni.. Buat ros, terima kasih sudi kongsikan rcp, cayang dia..lps ni post lagi rcp bebanyak kat MyR ya..akak buat 2 adunan ros, takut x cukup lak buat 1 adunan tu.. rasanya macam kuih bahulu..kirakan bahulu moden la ekk!! minta izin kongsikan diblog akak ni ya ros.. maaf la gambar x secantik rupe sebonar maklum la, guna HP je!!

Dapat la banyak ni ha...kalau masak 2 adunan..

ini ler rope acuannya.. bau kedai lagi tuh!! x rugi beli, memang sedap kuih ni..

Bahan-bahan ( menghasilkan 18 biji madeleines )
125 gram telur ( lebih kurang 2 biji telur saiz M)
90 gram gula
125 gram tepung gandum
125 gram butter ( cairkan)
4 gram baking powder (1 sudu kecil)
25 gram madu (1 sudu besar)
sedikit parutan kulit lemon atau kulit oren
Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder, kemudian cairkan butter, parut sedikit kulit oren, glis acuan madeleines dengan butter dan tabur sedikit tepung gandum atas permukaan acuan madelines tadi.
Pukul telur dan gula hingga agak kembang, dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, gaul sebati, masukkan parutan kulit Oren serta madu, akhir sekali baru masukkan butter yang telah dicairkan.
kacau sebati dan perap adunan dalam 20 minit, biar lebih sedap dan bagi tujuan menaikkan aroma. Scop adunan dah isikan 80% dlm acuan. akhir sekali panaskan oven 180 darjah dan bakar selama 14 minit, Ok dah siap, sesuai untuk minum petang, bentuk pun comel je.
jika tiada acaun madeleines ,boleh juga letak dalam papercup muffin dan kalau mahu pelbagai rasa boleh variasi kan adunan ini, tambah koko ataupun ape juga perasa kegemaran anda, nak tambah coklat cip pun boleh. Selamat Mencuba
Ni plk Tepung bungkis, wat minum petang anak2 ngan hby smlm..as merasa gak sket utk berbuka puasa.. Ikutkan cara bungkusnya cam kuih koci, tapi nak cepat la katakan, wat sama bentuk ngan Nagasari tu.. Resipi PrincessHaryati ni as ada adjust2 sesuka hati as je.. sori ya princess.. rcp cilok kat sini..

Bahan-bahan ( seisi keluarga )
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
secubit garam
daun pisang di layang skit ke ats api kecil
utk inti;
1/2 biji kelapa parut (as guna kelapa kering)
2-3 keping gula melaka
4 sudu tepung pulut (as hanya taburkan sedikit tepung gandum)
sehelai daun pandan di simpul
Cara-cara
Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit

Kuih Nagasari ni memang pebret kami sekeluarga, kat sini x ada pisang raja, guna aje pisang biasa yg ada kat sini..alhamdulillah sedappp!! terima kasih wat NisaMPB.. rcp skodeng kat sini


Bahan-bahan ( 12-15 biji )
1 cawan tepung beras
5 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula
sedikit garam
5 biji pisang raja (potong serong, memanjang, membujur atau mana2
Daun pandan, disimpul
Daun pisang secukupnya
Cara-cara
1. Koyakkan daun pisang anggaran 20cmx 20cm dan layukan sekali lalu diatas api kecil.
2. Campurkan tepung, santan, garam, gula dan kacau hingga sebati.
3. Tapis dan kacau diatas api yang sederhana hingga pekat lalu ketepikan.
4. Ambil satu senduk adunan & letakkan diatas daun pisang yang telah dilayukan.
5. Letak sepotong dua pisang dan tutup adunan ini dengan sesenduk adunan lagi.
6. Bungkus dengan lipatan kiri & kanan
7. Kukus didalam kukusan dengan air yang mendidih selama 15 hingga 20 min.
**Nagasari ini tidak berapa manis sangat, tapi jika pada yang suka manis bolehlah tambahkan gulanya mengikut rasa.

Monday, May 25, 2009

Kuih Dangai @ Rangin , getas2 dan apam beras

Assalamualaikum w.b.k,

Lama x update blog line Internet sejak kebelakangan ni agak kurang sihat lak.... Sabo je la.. Weekend aritu Hby & anak2 teringin nak makan kuih dangai @ dikenali juga sebagai kuih rangin..Org melayu sebut kuih Dangai, org jowo2 cam as ni sebut Kuih Rangin.. Disebabkan kat NZ ni sebijik kelapa pun mahai gilezz..as guna je la kelapa kering.. alhamdulillah..ghau! ghau! bau dia.. apam beras lak wat bf ari minggu aritu..

Bahan-bahan : loyang bulat 19cm (dapat 2 keping)
2 cawan kelapa parut (as guna kelapa kering + 1/2 cwn air & panaskan dimicrowave)
Hasil yang lebih sedap adalah menggunakkan kelapa parut..
2 cawan tepung pulut
1 cawan gula( manis ikut suke)
Cara-cara
Gaul semua bahan (kelapa, tepung & gula)
Masukkan kedalam loyang, bahgian bawah ditekan sedikit..
Panaskan dalam oven pada suhu 180 selama 5-10 min (hingga sedikit keperangan)
Setelah siap biarkan sejuk dan dipotong.. :: SeLaMaT MeNcUbA ::
:: Bagi yang x ada acuannya, boleh guna loyang biasa @ frying pan pun ok juga..
:: Jika tidak menggunakan oven, boleh juga terus dibakar diatas dapur, dengan menggunakan api yg kecil..kalau suke yg geseng2 tu bakar lama sikit..adjust2 la ya..

dah alang2 wat kuih dangai tu, wat la sekali kuih getas2 nih.. mmng selalu kalau wat kuih ni mesti guna RCP Che'Iza ni.. dan rcpnya cilok kat sini alhamdulillah semua suke..terima kasih wat Che'Iza kerana sudi kongsikan rcpnya ini..

250 gm tepung pulut
150gm kelapa parut (as guna kelapa kering)
130 ml air
secubit garam
* 3/4 cwn gula
* 1/2 cwn air
* sehelai daun panadan
Cara-cara
Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga menjadi doh.
Kepal bulat2 dan dileperkan (saya buat bentuk lonjong) ikut suka saiz, ketebalan dan bentuk. Goreng hingga kekuningan
Dikuali lain, masak bahan bertanda * hingga pekat, bebuih dan bertali. Masukkan kuih yg telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api.
Sedia utuk dimakan, sesuai utk sarapan dan minum petang.
He..he..ape yg tersenyum lebo beno kat bawah tu.. tu ler apam beras rcp Cha.. sedap makan dengan kelapa atau dingap begitu sahaja.. Kalau bekenan dan nak cuba boleh refer kat bawah atau kat Myr..

Bahan2.. untuk Apam Beras
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula
2 1/2 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
blend nasi dan air sehingga hancur.
setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
perap selama 3 jam.
masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Thursday, May 21, 2009

Laksa Johor Perantau & Agar-agar Cokletie

Assalamualaikum w.b.k

He..he..memang layak digelar perantau sebab guna bahan ape yang ada.. Maklum lah baru berpindah kesini, daun kesum pun baru nak idup.. puas cari2 basil leave pun x de..maklum lah dah nak masuk winter ni kurang sket ka pasaran.. sib baik rakyat jelata makan x cerewet.. walaupun serba kekurangan, alhamdulillah semua suke..


Bahan-bahan ( 10 orang @ satu family)
1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
2 tin Makeral in Oil -dikisar
udang basah 100gm direbus dan dikisar
**Bahan B (dikisar)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai diketuk
asam keping - 2 keping
santan pekat 1 kotak / lebih
1/2 cwn kerisik
1 paket kecil rempah kari ikan
garam secukup rasa

**Bahan Hias**
limau kasturi belah 2 dan buang biji (as guna lemon)
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
lobak masin dihiris halus
bawang besar dihiris halus
Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus (as x guna sebab x ada..hu..hu)
** Sambal Belacan
-lada kering 10 tangkai - digoreng
-Belacan secukupnya-dibakar
-Bawang Merah 1 biji kecil
(Kisar semua bahan)
Cara-cara
**Penyediaan kuah**
Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
masukkan ikan dan udang yg telah dikisar. Setelah betul2 garing dan naik minyaknya masukkan 3 mangkuk air dan santan pekat.
masukkan asam keping
tambah garam secukup rasa dan masukkan kerisik.
masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan dan sedap..Biar mendidih hingga minyaknya naik dan kuah nampak cantik dan sedap!..


Ni lak pebret anak2.. rcp dari kak yatieZaini, ntah ler dah berapa kali ulang2 buat..anak2 suke betul..mekasih wat kakyatie sudi kongsikan rcpnya ini.. disini

Bahan-bahan ( 4 orang )
a. 100gm coklat masakn
1 sm mentega
b. 4 keping roti dipotong kecil
200ml susu cair
100ml air
2 biji telor (dipukul)
sedikit esen vanilla
c. 6gm agar2 serbok
300ml air
5sm gula
Cara-cara
Bahan (a) dicairkan secara double boil..
Bahan (b) .. masukkan kedlm blender n diblend sekejap..
Masakkn bhn (c) .. hingga semuanya hancur n megelegak ..
Masukan bahan (a ) yg tlh cair n (b) yg siap diblend kedlm no.3 .. kacau hingga mengelegak ..
Boleh ler dimasukkn kedlm acuan kegemaran masing2 ..
Simpan dlm peti ais dulu sehingga beku barulah di hidangkan ..

Tuesday, May 19, 2009

Nasi Minyak, Daging Kandar & Bun Kentang

Assalamualaikum w.b.k,

Menu ni dah selamat masyuk perut pun tapi nak gak selitkan dalam entri kali ni.. Menu weekend aritu, Nasi Minyak ni layan ngan Ayam masak merah,daging kandar dan paceri nenas.. kat NZ ni kalau x masak nasi minyak nak tunggu sape lak kawin.. alamat x merasa la kan?? he..he..

Rcp asal Nasi Minyak ni rcp dari tulip77,as ambil di MyR.. tapi as ada adjust2 sket.. anyway 2 thumbs up! Semua kata sodap..Terima kasih wat tulip sudi kongsikan rcpnya..

Bahan-bahan ( 6 org )
1/4 cawan minyak sapi (as guna 1sdb minyak sapi dan 2 sdb minyak masak, sbb x berapa suke bau minyak sapi tu)
2 biji bwg putih,dicincang
2 biji bwg besar,dihiris
4 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 biji lada putih,ditumbuk
2 cawan beras (as guna beras Jasmin je)
2 cawan air
1 cawan susu cair/fresh milk
2-3 titik pewarna kuning
1/2 cawan kismis
3 helai daun pandan
untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam
Cara-cara
Pijarkan minyak sapi dalam periuk.Goreng bwg besar dan bwg putih hingga kekuningan.
Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan lada putih.Goreng selama 5minit.
Masukkan beras,air,susu cair,daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning.Kacau supaya semua bahan serata.Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.
Masukkan kismis dan kacau rata.Setelah itu tanak nasi hingga betul2 masak.Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam.



Rcp Daging Kandar ni dari kekanda ku yg jauh nun di Rembau N.9 tuh.. kancan jowo gak.Asal dari Johor gak Kak Asma ni.. kak, tenkiu sudi share rcp.. as copy paste di sini ya..
1/2 kg daging
6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
2 sudu besar kicap pekat maggi
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
1 labu bawang besar(dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
KUlit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari
garam dan perasa
Cara-cara
daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

Ni lak Bun Kentang, Rcp dari Ros nun jauh di Tokyo tu.. Bun Kentang ni memang pebret Abg Wan tau Ros.. sib baik ros post rcp ni..kena lak time Kak As nak wat lunch box utk derang ni.. So, inilah hasilnya.. lulus ke x ni Cikgu.. rope memang out, tapi rasanya alhamdulillah, lemak2 dan gebus sungguh ler! brp la kali ni markahnya yekk!!..

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-12 bun kecil )
250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis ataupun susu kacang soya.)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
1 biji telur (dipukul sedikit)
(untuk bancuhan sos kastard ) 2 sudu besar tepung bird custard
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula
Cara-cara
-Buat bancuhan kastard dulu- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.
-kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
-klu guna tangan untuk menguli, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, -keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
-Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .
Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap Selamat Mencuba...

Friday, May 15, 2009

Sup Tulang,Popia & Puding Soya Bean

Assalamualaikum w.b.k
Semalam memasing cam kena sakit tekak je.. tepikir2 ape nak bagi derang ni selera makan.. buat ler Sup Tulang masam2,pedas ni.. he..he..sib baik licin.. layan ngan lauk2 (x yah le post kat sini) Utk minum petang lak as wat popia goreng & yg bersira tu dan juga Puding Soya Bean (x tau dah berapa kali buat ntah.. anak2 request)

Sup Tulang Masam2 pedas..

Bahan-bahan ( 6 orang )
1kg tulang lembu
4 ulas bawang putih- dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
2 inci halia
1 sup bunjut adabi
2 btg serai- dipotong 2 dan diketuk
1 kiub ayam
Air secukupnya
Garam Secukup rasa
minyak untuk menumis
daun sup/ daun bawang
bawang goreng
7biji cili padi (pedas ikut suke)- diketuk
3 biji limau nipis- kalo suka masam2 sket..
2 biji ubi kentang -dipotong 4
1batang lobak merah
Cara-cara
-Cuci tulang hingga bersih dan rebus hingga daging agak lembut..
-Tumis bahan2 yg dikisar hingga kekuningan..masukkan sup bunjut dan sedikit air..tumis hingga agak garing dan masukkan kedalam kuah tadi..masukkan garam ,kuib ayam dan serai. Rebus hingga betul2 empuk..kalau suka letak kentang,carrot dan batang celery..masuk sekali cili padi..
-Setelah siap taburkan bawang goreng,daun sup dan perah limau (masam-ikut suke)

Rcp sodap ni dari adik ku yg jauh nun di Kanazawa Jepang tu..sapo laiee.. hana ler..kancan ngaomong jowo.. as buat 2..sebab kat umah ni ada minah cerewet makan, sapo laiee..dak Nurul la.. x po la..bukan susah sgt pun 1 sira , 1 lagi x sira..Ibu x kisah pong, asalkan Nurul nak makan..


Bahan2:
kulit popia secukupnya
UNTUK INTI
1 batang carrot - dihiris halus
1 biji sengkuang
1 mangkuk kubis yang dihiris halus
taugeh - jika suka (as ganti ngan telur dadar dihiris halus)
1 biji bawang besar - potong dadu
1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
1 sudu mkn sos tiram
garam
perisa@gula
UNTUK SAMBAL SIRA
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah n putih kisar
2 sudu besar sos chili - hana guna sos cili thai
sedikit belacan - jika suka
sedikit air asam jawa@cuka
gula melaka@gula putih
garam
bijan sangai
Cara-cara
UNTUK INTI - tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula. tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
UNTUK SAMBAL SIRA - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!

Puding Soya Bean
Resipi asal dari kekandaku nun di S'pore tu.. cayang kat dia..rcpnya best2!

bahan2:
1 ltr air kacang soya (1 kotak)
2 1/2 sk agar2 serbuk (kalau ingin lebih keras bubuh 1 peket sekali)
Bahan tambahan :-
Buah2an dlm tin ikut selera
ATAU secukup air gula/melaka
Cara-cara
Masak air soya bersama serbuk agar2 hingga larut dan mendidih sedikit.Matikan api.
Tuangkan ke dalam mangkuk2 kecil atau bekas yg lebih besar dan sejukkan.Simpan di dalam peti ais.
Ketika menghidang,bubuh buah2an pilihan bersama jusnya sekali.Jika menggunakan bekas yg besar,cedok/potong puding ke dlm mangkuk2 kecil dan bubuh buah2an dan jus di atasnya.
Puding soya juga enak dimakan bersama air gula sahaja seakan2 tau fu fah...