Friday, October 30, 2009

Chinese Style Lemon Chicken & Fish Fillet Lemon Chinese Style

Assalamualaikum w.b.k,
Salam jumaat buat semua. Hrrr apasai la tajuk tu bkn main berjela lagikk?? terbalik2..terlabik2, sajer jeww tu.. padahal bahan sama cuma curah kat lain2 badan.. 1 curah kat ayam, 1 lagi kat ikan.. Anak tekak ni kdg2 mengada2 jugak nak makan mcm2.. thanks buat mimisienas 4 the great recipies.. ceduk dari MYR..tapi as ada tambah sket ikut cita rasa.. 2 thumbs up..up..up..up la kat rcp ni.. sehingga menjilat chopstick lerr.. as buat chicken and fish fillet rcpnya sama je cuma guna ayam & ikan.. kebetulan soping2 pg tadi ada Tarakihi fillet tu murah skt.. sambar je ler. kalau ikutkan mmng x bli ler..biasa lah makcik,kalau x de lebel special, reduce to clear, for sale,mmng makcik jeling je..x sambar pun..ekekekekekkk... tuan punyer rcp suh marinade 30mint, tapi makcik duk layan kain diampaian dan pokok2 makcik kat luar, dah terlebih plk marinade..tapi jgn risau..makcik x tipu.. sedap sgt bila kicap cain & garam tu dah meresap teghase sgt kesedapannya.. ups x nak merapu..nanti ade yg loya sbb mokcik bnyk songeh.. makan dgn nasi goreng mentega.. best!

Chinese Style Lemon Chicken

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 10 strips boneless chicken fillet/breast (dipotong 1")
  • Bahan Marinade:
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil garam
  • Bahan Batter:
  • 1 biji telur (saiz besar)
  • 1/4 cup tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Bahan Sos:
  • 1/3 cup gula
  • 1 cup stok ayam (pakai kiub Knorr je)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji lemon (diambil jusnya sahaja)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Pewarna kuning (optional)
  • as tambah 1 sdb sos tiram

Cara-cara

  1. Mula-mula, marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap cair dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi la.
  2. Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam kedalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam lebih crispy, saya selalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung(dry) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan.
  3. Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna boleh diletakkan sekarang
  4. Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear (tidak keruh) *kalau tak cukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon
  5. Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.
  6. *kalau nak makan bersama nasi ayam, cuma tumbuk/blend halia, bwg putih dan bwg merah sehingga lumat , tumiskan dan kemudian masukkan air + 3 kiub ayam untuk buat stok. ganti air masak nasi dengan stok ayam ini (lebihkan sikit dari sukatan air nasi biasa) dan masak atas rice cooker.siap!!



9 comments:

ain said...

oowwhhh...ni lah lunch as ye!!! sedapppp!!!!

E-na Zarina said...

sedap n cantik presentationnya...minta copypes resepi yer...tq

Anonymous said...

sedap n cantik presentationnya...menyelerakan...E-na copypes resepi yer...tq

Anonymous said...

amboi..kuning, rangup, sedapppppp nye!!!! kelaparan kite tgk fillet tuh!

HaSue said...

akak makan ngan nasik ke nih?kalau makan gitu jek mesti sedap kan..uishh..mintak laa semua kak as..hehe

~*as*~ said...

ain,
kak ain, ya ni la lunch sempoi kami..akak & anak2 sihat??

~*as*~ said...

E-na Zarina,
Presentation simple2 je.. sila2..selamat mencuba, moga kena dgn cita rasa E-na

~*as*~ said...

blogresipi,
Ijan, mmng sedap..suke rasa lemon tu.. thanks sudi singgah ya ijan :) mikael & dadynya sihat??

~*as*~ said...

HaSue,
Akak makan ngan nasi goreng mentega, makan gitu je lagi la sedap.. dah pinish la HaSue, nanti balik buat ya :)