Aduhai..kebetulan la pulak ya, berderet2 pasal marble2 ni.. aritu Puding Marble, Roti Marble ni plk kek marble.. x kisah la, asalkan ada yg nak makan. Kek Marble ni request dari anak dara no 2 as, sapa lagi dak Nurin la.. asst paling setia kat dapur.Nak sangat bawa ke skool esok, nak makan ngan kawan2 katanya..Sebab dia dah teringin sgt nak makan dan ibu plk ada virus "M" , Sambil lipat kain sambil ajar Nurin. Jd ni lah hasil kerja anak dara umo nak masuk 11 tahun Nov ni.. Lama dah x buat kek Marble rcp dari CMG ni.. sedap dan gebu sekali. Semua Kebetulan Ovallete dah tinggal koret2..cukup la 1 sdb. Lps ni kena tunggu stok baru dari Msia sampai.. Siapa x kenal rcp2 CMG memang sedap2.. x pernah bersua muka dgn CMG tapi masakannya kalah kita2 pompuan ni.. Memang CMG ni idaman semalaya la.. kelasss gitu..Buat Cik Mat Gebu, minta halal rcp ya..as C&P disini ya Mat.. Memang sedap dan ramai sekali dah cuba..
Kek marble trio
Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
- 300 g mentega, pada suhu bilik
- 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
- 1 camca teh serbuk penaik*
- 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
- 5 biji telur Gred A
- 250 g gula kastor
- 1 camca besar Ovallate
- 30 g Gliserin (as x letak)
- 20 g air
- 1/2 camca teh esev vanilla
- 1/2 camca teh strawberi emulco
- 1 camca teh coklat emulco
Cara-cara
- Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.
4 comments:
ya ampunnnn.. cantik sungguh cake niiii... terbeliak mata i...
i ada jugak buat kek marble ni tapi coraknya tak secantik ini...
yang ini sgt cantikkkkkkkkk
Akak cukup suka kek yang colourful ni....cantik As..menggoda ni...mesti secantik rasanya kan!
rajinnya as!!! memang rajin!!!
Wah kak....
sedap giler r kek ni..my fvr8..nak try nt...ade resepi butter kek x?
Post a Comment